Kristal Maya [Episod 7]

Kumpulan muzik lelaki popular Korea Selatan, EXO sekali lagi mencetuskan fenomena apabila lagu mereka berjudul “Ko Ko Bop” berjaya meraih 200 juta tontonan buat kali ketiga di laman YouTube.

Lagu yang dimuat naik pada 18 Julai 2017 itu merupakan lagu utama dalam album studio keempat mereka yang berjudul “The War” yang juga berada di carta Billboard 200 di tangga ke-87.

Sebelum ini, kumpulan ini juga pernah memperoleh 200 juta tontonan dengan lagu mereka yang berjudul “Monster” dan “Call Me Baby.” Malah, muzik video bagi lagu “Overdose,” “Growl” dan “Wolf” juga kini mencatatkan 100 juta tontonan di platform perkongsian video berkenaan.

Album terbaharu mereka, “Love Shot” yang dikeluarkan pada Disember 2018 dan “Don’t Mess Up My Tempo” pada bulan November 2018 masing-masing berjaya menarik 69 juta dan 88 juta tontonan di YouTube.

Leave a Reply