Cinta Iris Episod 2

TV9 akan menyiarkan drama terbaru berjudul ‘Cinta Iris’. Sebelum ini menggunakan tajuk Bodyguard. Drama karya Eirma Fatima ini diarahkan oleh Pali Yahya. Watak utama dilakonkan oleh Raja Ilya bergandingan dengan Ungku Ismail Aziz, Tunku Hanis, Nazim Othman, Zain Hamid dan Emelie Hanif. Drama Cinta Iris mula bersiaran pada 10 Julai ini, setiap Jumat jam 8.30 malam di slot Ratu TV9.

JUDUL : CINTA IRIS (BODYGUARD)
EPISOD : 13 episod
TARIKH / MASA : 10 Julai 2015 (Setiap Jumaat, 8.30 malam)
SIARAN : Slot Ratu TV9
SKRIP : Eirma Fatima
PENGARAH : Pali Yahya
TERBITAN : Rumah Karya Citra
PELAKON : Raja Ilya, Ungku Ismail Aziz, Tunku Hanis, Nazim Othman, Zain Hamid, Emelie Hanif, Lia Natalia, Raja Ema

WATAK PELAKON
Raja Ilya sebagai Iris
Ungku Ismail Aziz sebagai Syahir
Nazim Othman sebagai Johari
Zain Hamid sebagai Ray

SINOPSIS DRAMA CINTA IRIS
Mengisahkan mengenai Iris Damia (Raja Ilya) pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sikap kasarnya ala-ala tomboy membuatkan ibunya risau jika dia tidak mempunyai teman lelaki. Namun dalam diam, Iris diminati oleh seorang jejaka bernama Shahir (Ungku Ismail) daripada jurusan Pengajian Islam. Keperibadian Shahir akhirnya berjaya melembutkan hati Iris dan mereka berkahwin. Kehidupan mereka sangat bahagia dan ditambah dengan berita Iris disahkan mengandung zuriat pertama mereka. Namun malang tidak berbau apabila bayi itu mati dalam kandungan Iris tanpa sempat dia dilahirkan. Iris begitu kecewa dengan kehilangan itu dan mula bangkit dengan membuka syarikat kecil miliknya. Ternyata tindakan nekad Iris membuahkan hasil apabila perniagaannya kini semakin berjaya, kredibilitinya mula diyakini dan syarikatnya mula menempa nama dalam bidang kejuruteraan. Iris meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada Shahir untuk berurusan dengan pelanggan sehingga lewat malam. Kerana itu, Shahir mula berkenalan dengan seorang GRO bernama Leya (Tunku Hanis).

Comments are closed.