Alien Planet Cinta Episod 1


Amalisa kemudiannya bertemu dengan ‘musical truck’ lalu mengembara bersama. Semasa mengembara, timbul rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka.

Dino kecewa apabila mengetahui rahsia Amalisa telah terbongkar. Rupa-rupanya Amalisa berasal dari keluarga berada dan kaya. Namun apa yang lebih mengguris hati Dino, orang yang dicintainya bakal menjadi tunangan orang!

Amalisa merupakan bakal tunang kepada Burhan (Ariff Aziz). Burhan yang begitu bongkak dengan status kayanya mendesak Amalisa agar kembali balik ke rumah. Namun, Amalisa enggan menuruti perintah. Amalisa masih mahu berada di sisi Dino dan Dini.

Ketika sedang membuat persembahan, orang-orang Burhan datang dengan lagak samsengnya. Keadaan menjadi kucar-kacir. Dalam hura hara tersebut, mereka sempat menyelamatkan diri menaiki van namun tidak lama selepas itu, mereka terlibat dalam kemalangan.

Dino dan Dini hanya cedera ringan. Amalisa masih terlantar di hospital. Kerana bimbang keselamatan Dino dan Dini diancam oleh Burhan, Amalisa kembali ke pangkuan keluarganya. Pemergian Amalisa membuatkan Dino kesedihan.

Jiwa Amalisa kosong. Dia masih terkenangkan kenangan antara dia dan Dino. Walaupun dirinya bakal bergelar tunang orang, namun tiada sikit pun cinta antara dia dan Burhan. Hanya Burhan yang beria-ia mendesak agar pertunangan mereka dipercepatkan. Amalisa berterus terang terhadap Burhan bahawa dirinya tidak dapat meneruskan lagi hubungan mereka. Pertunangan yang diatur dibatalkan serta merta. Burhan kecewa.

Amalisa pergi ke tempat Dino dan Dini selalu membuat muzikal. Namun, tidak menjumpai mereka. Mujur ada bekas rakan lama Dino di situ. Acap (Naim Shamsol) menunjukkan tempat baru Dino membuat persembahan.

Amalisa bertemu kembali dengan Dino. Dino begitu terkejut melihat kehadiran Amalisa. Kedua-duanya meluahkan perasaan yang terbuku lama di hati masing-masing. Bunga-bunga cinta bersemi. Amalisa bahagia kembali di sisi Dino. – Tamat – Tonton lakonan Fattah Amin, Harris Baba dan Atikah Suhaime menerusi telefilem Alien Planet Cinta di kaca tv anda.

Pelakon Telefilem Alien Planet Cinta
Amalisa – Atikah Suhaime
Dino – Fattah Amin
Dini – Harris Baba
Acap – Naim Shamsol
Beto – Nurairy Rahman
Burhan – Ariff Aziz
Datin Maria – Anis

Comments are closed.