Menongkah Kasih Episod 7


Drama terbaru ‘Menongkah Kasih’ bakal mengisi slot Azalea. Dibintangi oleh Ayda Jebat, Ana Dahlia, Aidil Aziz, Beego, Zarina Zainuddin dan ramai lagi. Drama terbitan Sha’s Media Sdn Bhd dan diarahkan oleh Ayie Mustafa. Drama yeang menitik beratkan masalah dan kasih sayang dalam keluarga. Saksikan Menongkah Kasih yang akan disiarkan di TV9 mulai 26 Januari 2016, pada setiap hari Selasa hingga Jumaat jam 8.30 malam, manakala siaran ulangannya pula disiarkan di TV3 mulai 1 Februari 2016 pada hari Isnin hingga Khamis jam 2.00 petang.

JUDUL : MENONGKAH KASIH
EPISOD : 20 Episod
TARIKH / MASA : TV9 (Selasa-Khamis, 8.30 malam) | TV3 (Isnin-Kahmis, 2.00 petang)
SKRIP : Soleha
SIARAN : Slot Azalea ( TV9 & TV3 )
PENGARAH : Ayie Mustafa
TERBITAN : Sha’s Media Sdn Bhd
PELAKON : Ayda Jebat, Ana Dahlia, Beego, Aidil Aziz, Fikhree Bakar, Zarina Zainuddin, Laila Nasir, Adam Lee, Mas Hadzeem Khan, Yra Fauzi, Afique Hussain

SINOPSIS MENONGKAH KASIH
Mmengisahkan ibu tunggal iaitu Datin Rahmah (Zarina Zainuddin) sibuk mengembangkan perniagaan sehingga mengabaikan dua anaknya, Reffa (Ana Dahlia) dan Riyana (Ayda Jebat). Dengan kesibukannya, Reffa dan Riyana berasakan mereka kurang mendapat perhatian dan kasih sayang. Meningkat dewasa, Reffa dan Riyana buat hal sendiri. Datin Rahmah kian dimamah usia dan mula menagih kasih sayang anak-anaknya.

Datin Rahmah berasa sunyi dari kasih sayang anak-anaknya, Reffa dan Riyana meskipun mereka tinggal serumah. Setiap pagi Datin akan bersarapan seorang diri. Biarpun Reffa bekerja di syarikatnya namun Reffa sangat jarang untuk pergi kerja bersama-sama Datin. Riyana pula sering sahaja tersalah memilih rakan sejak dari zaman sekolah sehingga kini. Kadang kala Datin merasa cemburu dengan kehidupan pemandunya, Pak Mid. Biarpun anak-anak Pak Mid ke semuanya tinggal di asrama, namun mereka sentiasa berhubung dan bertanya khabar. Datin menyalahkan dirinya kerana di usia mudanya, dia sering sibuk dengan kerja sehingga akhirnya menjarakkan kasih sayang anak-anak dengannya. Di usia tua ini, Datin berusaha mencari semula kasih sayang anak-anaknya itu. Suatu hari ketika di pejabat, seorang demi seorang stafnya pulang dan Datin tinggal keseorangan di pejabat walaupun sudah menjelang senja. Ketika Datin Rahmah mahu pulang secara tiba-tiba dia merasa pening dan jatuh pitam di dalam bilik.

Comments are closed.