Surah Buat Maisarah Episod 12

Layar Consult Sdn Bhd mempersembahkan drama bersiri Surah Buat Maisarah mengisi slot Zehra TV3. Dibintangi oleh Syatilla Melvin, Shukri Yahaya, Nabilah Dally, Shah Iskandar dan ramai lagi. Sebuah drama arahan Khalid Nadzri dan skrip oleh RIna Khan. Akan disiarkan bermula 20 Julai 2016, setiap Rabu dan Khamis jam 9.00 malam di TV3. Drama Surah Buat Maisarah telahpun ditayangkan terlebih dahulu di portal tonton.com.my

JUDUL : SURAH BUAT MAISARAH
EPISOD : 15 Episod
TARIKH TAYANGAN : 20 Julai 2016
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Zehra TV3
SKRIP : Rina Khan
PENGARAH : Khalid Nadzri
TERBITAN : Layar Consult Sdn Bhd
PELAKON : Syatilla Melvin, Shukri Yahaya, Nabilah Dally, Shah Iskandar, Azri Iskandar, Zarina Zainuddin, Beego, Abby Nadzri, Yusri Salleh, Dania Aina, Ieka Zulkifli, Nursha, Ku Faridah, Halimah, Abby Khairuddin, Siti Khadijah, Monicca Picca, Ezam, Syatira Amir, Abdul Malek

SINOPSIS SURAH BUAT MAISARAH
Mengisahkan mengenai seorang gadis melayu, Maisarah atau Sara (Syatila Melvin) yang mengagungkan budaya barat hanya kerana pernah menetap di Amerika untuk beberapa tahun. Merasakan dirinya hebat dan lebih moden, kelakuan dan percakapan Sara sering sahaja menjengkelkan orang disekelilingnya. Sara terpaksa pulang ke Malaysia, kerana ayahnya Dato’ Mustafa tidak suka dengan cara hidup Sara di sana yang suka berjoli dan bergaul bebas. Sara juga perlu bekerja di syarikat milik Dato’ Mustafa jika dia mahu mendapatkan wang untuk berbelanja dan membantu Zalikha, adiknya yang telah bertungkus lumus menguruskan syarikat selama ketiadaan Sara.

Meskipun serangan Nazim boleh dianggap kasar, namun dia cuma mahu menyedarkan Sara bahawa apa yang dilakukannya itu tidak betul dan keterlaluan. Akan tetapi, teguran Nazim hanya menambah bara dan membuatkan Sara merasa lebih tercabar sehingga memecat Nazim dan terus berhubungan dengan Fikri. Bagaimanakah nasib Nazim dan berjayakan dia mengubah Sara?

Comments are closed.