Lara Oh Lara Episod 2

Antara paparan menarik Lara Oh Lara ialah apabila beberapa rakan selebriti Awal dan Scha diberikan tugasan menjadi pengasuh Lara! Mampukah Zizan Razak yang terkenal dengan lawak bersahajanya itu menawan hati Lara? Berjayakah pelakon kacak Remy Ishak melayani telatah Lara? Dan apakah pengalaman Dynas Mokhtar atau Liyana Jasmay sebagai ibu membantu mereka berinteraksi dalam Lara? Semuanya dapat disaksikan dalam Lara Oh Lara.

Ratu Rock negara, Ella dan suaminya Kapten Azhar Huzaimi Ghazalli juga turut tidak ketinggalan menyertai skuad ‘babysitter’ Lara. Bukan itu sahaja, Ella turut menyumbangkan satu lagu baharu berjudul “Permata” untuk dijadikan lagu tema siri ini.

Lara Oh Lara akan bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di Astro Ria, saluran 104 dan Astro Ria HD, saluran 123, mulai 17 Ogos ini. P

Comments are closed.