Menantu Ting Tong Episod 13


Drama terbaharu Menantu Ting Tong akan menemui penonton di slot Dahlia TV3. Menemukan Azrel Ismail dan Nur Ruhainies sebagai pelakon utama. Drama terbitan Enuja Production Sdn Bhd itu diarahkan oleh Nazir Jamaluddin. Akan disiarkan bermula 15 Julai 2015, setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang malam di TV3.

JUDUL : MENANTU TING TONG
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 15 Julai 2016
HARI / MASA : Jumaat hingga Ahad, 7.00 malam
SIARAN : Slot Dahlia TV3
SKRIP : Eja Lorena
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
TERBITAN : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Azrel Ismail, Nur Ruhainies, Mitilda, Ben Amir, Amyza Aznan, Tash Yong, Aleza Shadan, Zarina Zainuddin, Arriff Sumbu, Ain Sufia, Amai Kamarudin, Zulkifli Mohd Salleh, Ira Ghani, Natashah Ismail, Siti Ruwiyani, Elgy, Suzanne Roberto Ortiz

SINOPSIS MENANTU TING TONG
Mengisahkan tentang kekecohan dan konflik yang berlaku antara dua buah keluarga iaitu keluarga Tuan Mazlan dan Puan Rozie serta keluarga Encik Ismail dan Puan Latifah. Dua buah keluarga yang berbeza status dan darjat serta cara kehidupan. Keluarga Tuan Mazlan adalah dari golongan ‘high class’ dan sudah terbiasa dengan kehidupan mewah manakala keluarga Encik Ismail pula dari golongan sederhana dan sangat berjimat cermat dengan perbelanjaan harian.

Konflik bermula apabila Marsha, anak bongsu pasangan Tuan Mazlan dan Puan Rozie telah jatuh cinta dengan Luqman anak lelaki Encik Ismail dan Puan Latifah. Puan Rozie sangat menentang keras perkahwinan mereka kerana baginya Luqman tidak layak untuk Marsha apatah lagi lepas kahwin Marsha kena tinggal bersama keluarga mertuanya. Marsha yang sudah biasa tinggal di bangle mewah yang serba lengkap kini terpaksa tinggal di kawasan perumahan kos rendah yang sangat sempit dan hanya ada satu bilik air untuk dikongsi bersama keluarga .

Berkali-kali Puan Rozie pujuk Luqman dan Marsha untuk tinggal di banglo mewah bersama mereka. Namun, Luqman menolak dengan baik kerana dia tidak mahu mengambil kesempatan atas kemewahan keluarga isterinya serta mahu berusaha yang terbaik untuk menyediakan kelengkapan hidup selepas berkahwin.

Marsha yang tidak pernah melakukan kerja-kerja rumah sebelum ini sering dileteri oleh Puan Latifah. Marsha cuba mengambil hati ibu mentuanya dengan belajar memasak, menanam dan mencuci tetapi ada sahaja yang tak kena. Jadi, bermulalah perang dingin antara Puan Latifah dan Puan Rozie.

Bagaimanakah Luqman dan Marsha menyelesaikan konflik tersebut?

Comments are closed.