Si Kolot Suamiku Episod 6


Saksikan drama terbaru adaptasi novel Si Kolot Suamiku karya Fazlyn Ridz yang bakal menggantikan drame Lelaki Macam Dia di Astro Ria. Drama komedi romantik arahan sutradara Eyra Rahman itu mengandingkan Amar Baharin dan Siti Elizad Sharifuddin sebagai teraju utama. Akan ditayangkan bermula 15 Ogos ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

JUDUL : SI KOLOT SUAMIKU
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 15 Ogos 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENGARAH : Eyra Rahman
TERBITAN : Mig Production Sdn Bhd
PELAKON : Amar Baharin, Siti Elizad Sharifuddin, Faizal Hussein, Waris, Kuza, Atikah Suhaime, Fahmy Reza, Shiela Mambo, Kismah Johar, Aizat Hassan, Dayang Areeda, Dania Azmi, Vicha Saywho, Epy Kodiang, Tengku Fiella, Syaa Nasir, Lisdawati, Kazar, Zila Bakarin

SINOPSIS SI KOLOT SUAMIKU
Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dan bangga dirinya membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!

Kudin seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

Comments are closed.