Suri Hati Mr Pilot Episod 7

Nantikan drama terbaru adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot karya Dyla Dyna yang bakal muncul di Astro Ria. Menampilkan gandingan Fattah Amin dan Neelofa sebagai teraju utama. Drama ini mendapat sentuhan pengarah Michael Ang dan Hadith Omar. Diterbitkan oleh Cube Film Sdn Bhd. Akan menemui penonton di Astro Ria mulai 10 Oktober nanti, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.

JUDUL : SURI HATI MR. PILOT
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 10 Oktober 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis / 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
NOVELIS : Dyla Dyna
SKRIP : Fairul Nizam Ablah / Mamu Vies
PENGARAH : Michael Ang / Hadith Omar
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Neelofa, Eleena Sui, Alvin Chong, Ben Amir, Azar Azmi, Mas Khan, Aleza Shadan, Nina Juren, Azhar Amir, Adriana Adnan, Nizen Ayob, Rahhim Omar, Fahad Iman, Eina Azman, Adrianna Qasmia, Alif Satar, Siti Nordiana

WATAK PELAKON
Fattah Amin sebagai Ejaz Fakhri
Neelofa sebagai Warda Erina
Ben Amir sebagai Dr muslim
Azar Azmi sebagai Humaira
Nina Juren sebagai Puan Sri Nabiha
Aleza Shadan sebagai Datin Afifah
Eleena Sui sebagai Inara
Alvin Chong sebagai Johan
Fahad Iman sebagai Rafeeq
Adriana Adnan sebagai Jannah
Azhar Amir sebagai Tan Sri Khalid Al-Fattah
Mas Khan sebagai Daniel
Eina Azman sebagai Dr Khairina
Adrianna Qasmia sebagai Qisha

LAGU TEMA / OST SURI HATI MR. PILOT
Tajuk : Selamanya Cinta
Penyanyi : Shila Amzah & Alif Satar
Video & Lirik : Link

SINOPSIS SURI HATI MR PILOT
Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim.

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

Comments are closed.