Hero Episod 10

RTM akan membawakan drama siri terbaru HERO yang mengangkat kisah kerjaya anggota bomba mengharungi cabaran dalam tugasan mereka. Drama bersiri 13 episod arahan Bade Hj Azmi ini menampilkan gandingan pelakon-pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqyah, Rusdi Ramli, Fezrul Khan dan Mimi Ernida. Drama HERO bakal disiarkan bermula 5 September 2016, pada setiap hari Isnin, pukul 9.00 malam di TV2. Bagi mereka terlepas boleh menontonnya menerusi portal online Myklik (myklik.rtm.gov.my)

JUDUL : HERO
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 5 September 2016
HARI / MASA : Isnin / 9.00 malam
SIARAN : TV2 (RTM)
PENGARAH : Bade Hj Azmi
TERBITAN : Ns Star Studio
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqyah, Rusdi Ramli, Fezrul Khan, Mimi Ernida, Hasnul Rahmat, Tengku Fiella, Afzan Rahman, Datin Anne Ngasri, Amai Kamarudin, Kodi Rasheed, Akmal Rahman, Taib Zamannuri, Azizah Mahzan, Mubarak Majid

WATAK PELAKON
Sharnaaz Ahmad sebagai Khalid
Tiz Zaqyah sebagai Wana
Fezrul Khan sebagai Zarul
Mimi Ernida sebagai Haslina
Rusdi Ramli sebagai Tuan Ariffin
Tengku Fiella sebagai Fiza
Afzan Rahman sebagai Dhama
Akmal Rahman sebagai Razi

SINOPSIS DRAMA HERO
Mengisahkan kerjaya sebagai ahli bomba dan penyelamat yang sering berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan dalam tugasan yang di jalan seharian demi untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Ikuti perjalanan watak utama Khalid dan Zaki merupakan sahabat baik dan mereka merupakan ahli bomba yang sentiasa berdedikasi dalam tugas. Walau bagaimanapun, suatu kecelakaan telah terjadi apabila Zaki telah terkorban semasa menyelamatkan Khalid sewaktu kejadian kebakaran di sebuah apartmen 20 tingkat di ibukota. Khalid tidak dapat menerima kenyataan dan sering menyalahkan dirinya diatas kecelakaan yang terjadi.

Cabaran diterima pasukan bomba yang menerima panggilan ‘prank’ dibuat oleh pemanggil yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk mencabar tugas pasukan bomba. Pasukan yang diketuai oleh Zarul dan Khalid diarahkan untuk pergi ke lokasi yang dilaporkan mengalami kebakaran yang mana jarak diantara dua lokasi tersebuat agak berjauhan. Lokasi yang ditugaskan kepada Khalid tidak mempunyai sebarang insiden kebakaran manakala lokasi Zarul mengalami kebakaran yang besar sehingga memerlukan bantuan khas.

Dalam episod seterusnya Khalid telah berpakat dengan Wana untuk melakukan siasatan sendiri terhadap kilang yang dicurigai mempunyai bahan kimia yang boleh mencetuskan kebakaran yang terdapat pada setiap kes kebakaran yang berlaku sebelum ini. Zarul telah mendapat tahu rancangan sulit Khalid dan Wana dan telah melaporkan kepada pihak atasan. Khalid menerima amaran dan memutuskan untuk tidak mahu terlibat lagi dalam kes siasatan kebakaran tersebut.

Kesulitan pihak bomba dikongsikan ketika berdepan dengan kes kebakaran hutan yang besar. Pihak siasatan bomba yang di ketuai oleh Puan Hasliza mendapati bahawa kes kebakaran hutan tersebut di dalangi oleh seorang kakitangan keselamatan kilang yang psiko. Akhirnya, diatas kecekalan dan siasatan yang teliti unit siasatan bomba, pelaku kepada kesemua kes kebakaran telah dapat di kenal pasti. Pada sudut yang lain, Khalid berhadapan dengan konflik perhubungan dengan tunangnya Mastura. Tambah merumitkan keadaan Khalid telah disiasat oleh pihak siasatan Bomba kerana dia merupakan satu-satunya saksi kepada kematian Herman. Wana telah diarahkan untuk memberi keterangan kepada pihak siasatan bomba berhubung kejadan semasa Khalid berada bersama dengan Herman di tempat kejadian.

Dalam pada itu, Khalid telah di dapati bersalah kerana melanggar tatacara pengendalian prosedur menyelamat mangsa di masa kejadian. Walau bagaimanapun, Tuan Arifin telah membuat perbincangan dengan pihak atasan untuk meringankan hukuman terhadapnya. Pada masa sama Khalid bakal melangsungkan pernikahannya bersama Mas tidak lama lagi. Dia juga telah mendapat berita gembira di bebaskan daripada tindakan hukuman akibat kecuaian dalam menyelamatkan mangsa yang jatuh dari bumbung sebuah kilang. Walau bagaimanapun, semasa hari pernikahan Khalid, satu gempa bumi telah melanda kampung meraka. Beberapa orang telah tercedera akibat terkena bahan runtuhan bangunan. Mas berasa sedih kerana ayahnya adalah salah seorang yang menerima nasib malang tersebut. Majlis di tanggungkan sehingga keadaan kembali reda.

Episod akhir berkongsi ketangkasan bihak bomba melakukan aktiviti menyelamat dan mengesan mangsa yang terlibat di dalam insiden gempa bumi yang mengakibatkan berlaku runtuhan di sebuah terowong. Pasukan Tuan Arifin telah di arahkan untuk melakukan tugasan menyelamat. Faridah yang juga merupakan kakak iparnya telah terperangkap di runtuhan tersebut dalam tempah yang agak lama. Berkat kecekalan pasukan yang di ketuai oleh Zarul, Faridah dapat di selamatkan.

Comments are closed.