Lara Cinta Ameena Episod 7


Nantikan drama terbaharu arahan Shuhaimi Lua berjudul Lara Cinta Ameena. Bakal menyaksikan gandingan baru Tiz Zaqyah bersama Raja Afiq. Turut dibintangi oleh Zarina Zainoordin, Fazlina Ahmad Daud, Lia Natalia, Fazren Rafi dan ramai lagi. Drama bersiri 15 episod, terbitan Tanah Beris Film Production itu bakal mengisi slot Samarinda TV3. Bersiaran mulai 30 November 2016, setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam.

JUDUL : LARA CINTA AMEENA
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 30 November 2016
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN : Slot Samarinda TV3
SKRIP : Zyza Backy
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
PELAKON : Raja Afiq, Tiz Zaqyah, Fazlina Ahmad Daud, Zarina Zainoordin, Lia Natalia, Fazren Rafi, Danish Hazriq, Wilma Muhammad, Ayuna Yusof, Wan Syafek, Jessica Kueh, Zamri, Zalfa Zin, Izzmad Harun, Ferth Jasni, Nazirul Mubin, Izzmad Harun, Ikhwan Ibrahim, Feiyna Tajudin, Mathni Razak, Iswan Ismail, Nazirul Mubin

SINOPSIS LARA CINTA AMEENA
Mengisahkan Ameena seorang anak yatim piatu manakala Radhuan pula anak hartawan. Cinta mereka bersatu seketika namun terpisah oleh fitnah yang ditabur oleh Puan Kirana, ummi Radhuan. Ameera diceraikan lalu dia membawa diri ke Sabah. Hidup Radhuan kosong tanpa Ameena. Hati Radhuan terpenjara dalam perkahwinan yang tidak bahagia dengan Ezaty. Di Sabah Ameena melahir dan membesarkan Jeffrey sendirian. Ameena terpaksa kembali ke Kuala Lumpur kerana Jeffrey sakit tenat. Pertemuan tak terduga dengan Ameena membuatkan Radhuan memburu cinta Ameena kembali. Ameena terpaksa mengelak kerana diperas ugut oleh bekas mertuanya. Hancur hati Radhuan yang selama ini menginginkan seorang anak, apabila mengetahui bahawa Ameena menyembunyikan anak mereka selama ini. Kebencian Radhuan membara terhadap Ameena apabila anaknya mati dipangkuannya tak sampai sejam mereka berjumpa. Ameena pergi membawa hati yang lara.

Comments are closed.