Kerana Anisa Episod 5

Nantikan drama terbaru terbitan Enuja Production Sdn Bhd berjudul Kerana Anisa. Ditunjangi oleh Zara Zya, Mustaqim Bahadon, Fahrin Ahmad dan Sura Sojangi. Drama bersiri arahan Jamal Khan itu bakal menemui penonton bermula 9 Januari ini, disiarkan setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam menerusi slot Samarinda di TV3.

JUDUL : KERANA ANISA
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 9 Januari 2017
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Zara Zya, Mustaqim Bahadon, Fahrin Ahmad, Sura Sojangi, Uqasha Senrose, Syaffiq Sahli, Aman Graseka, Ellie Suriati, Ira ghani, Shaharudin Thamby, Acap BMB, Aman Shah, Ika Zulkifli, Natasha Ismail, Norazilah Zakaria, Mahsuri Jesuli, Taufik Hidayat Khan, Shamsuri Shahrom, Mell Yahya, Nor Intan Suria

WATAK PELAKON
Zara Zya sebagai Anisa
Mustaqim Bahadon sebagai Syukri
Fahrin Ahmad sebagai Zahid
Sura Sojangi sebagai Adira
Aman Graseka sebagai Long Yahya
Uqasha Senrose sebagai Laili
Syaffiq Sahli sebagai Arif
Acap BMB sebagai Azim
Aman Shah sebagai Dato Imran
Hasnah Hashim sebagai Asiah
Ira Ghani sebagai Rozana
Ika Zulkifli sebagai Rasyidah
Natasha Ismail sebagai Zaman
Norazilah Zakaria sebagai Intan
Mahsuri Jesuli sebagai Din
Taufik Hidayat Khan sebagai Ali
Shamsuri Shahrom sebagai Ayah Zahid
Mell Yahya sebagai Ibu Zahid
Nor Intan Suria sebagai Lydia

LAGU TEMA / OST KERANA ANISA
Tajuk Lagu : Bagaimana
Penyanyi : Elji

SINOPSIS KERANA ANISA
Mengisahkan Anisa dan Syukri yang berkawan baik di kampung. Anisa mempunyai impian besar dalam hidup apabila bercita-cita menjadi peguam dan meminta Syukri menjadi ‘guru’ dan penguat semangatnya.

Bagaimanapun, bapa Anisa, Long Yahya menentang persahabatan Syukri dan Anisa. Selepas Anisa tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syukri berangkat ke London untuk menyambung pengajian namun mereka meneruskan hubungan menerusi surat.

Satu hari, Anisa dikejutkan dengan rombongan peminangan daripada Zahid, anak orang kaya di kampungnya. Zahid terpikat dengan kejelitaan Anisa dan menggunakan kekayaan orang tuanya untuk beli hati walid. Anisa menentang kerana mahu meneruskan pelajaran, ditambah pula dia lulus SPM dengan cemerlang sekali. Namun, Anisa tetap dipaksa untuk berkahwin. Selepas berkahwin, Zahid bertindak kejam terhadap zahir dan batin Anisa. Sudahlah berkahwin tanpa rasa cinta, Anisa turut didera oleh Zahid sehinggakan Anisa tidak dibenarkan untuk bertemu keluarganya apatah lagi untuk menelefon mereka.

Kerana tidak mahu mengandungkan zuriat Zahid, Anisa dalam diam mengambil pil perancang. Setelah mengetahui perbuatan Anisa, dia sekali lagi dipukul dengan kejam. Anisa bernasib baik diselamatkan oleh Ariff (Syaffiq Sahli) yang kebetulan ingin melihat keadaan adiknya itu. Anisa nekad, dia tidak mahu lagi hidup dalam penderitaan. Anisa memaksa Zahid untuk menceraikannya, Zahid yang merasa tercabar akhirnya telah menceraikan Anisa.

Kerana marah, ayahnya, Long Yahya (Aman Graseka) telah menghalau Anisa. Anisa kemudiannya membawa diri untuk memulakan hidup baru di Kuala Lumpur. Anisa kembali mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang peguam dengan bekerja sambil belajar untuk menampung pembelajaraanya. Beberapa tahun kemudian, Syukri (Mustaqim Bahadon), bekas teman lelaki Anisa pulang ke tanah air dan kembali mencari Anisa.

Syukri ingin memohon maaf kepada Anisa kerana mendiamkan diri, dia menyangka Anisa bahagia bersama Zahid. Rasa cintanya kepada Anisa tidak pernah padam, dan dia mahu Anisa kembali menjadi kekasih hatinya. Dapatkah Anisa melupakan peristiwa silam dizalimi lelaki bergelar suami dan menerima Syukri kembali?

Comments are closed.