Anak Syurga


==

==

#Anaksyurga
Kehadiran Adam memberi kebahagiaan dalam keluarga mereka. Namun kebahagiaan itu hanya sementara apabila Adam disahkan mengalami autism. Ikmal mula mengabaikan Adam dan rumah tangga mereka mula goyang. Pak Sahak yang bekerja sebagai tukang cuci di syarikat Ikmal perasan tentang perubahan Ikmal dan sering menasihati Ikmal.

Suatu hari Ikmal bertembung dengan Pak Sahak di tepi jalan kerana motorsikalnya rosak ketika baru pulang dari kedai membeli hadiah untuk anak-anaknya. Ikmal menumpangkan Pak Sahak hingga ke rumah. Di rumah Pak Sahak, Ikmal terkejut apabila mengetahui kedua-dua anak Pak Sahak adalah OKU.

Ikmal terharu melihat keluarga Pak Sahak yang bahagia walaupun hidup dalam sederhana. Barulah dia sedar bahawa selama ini dia tidak pernah bersyukur dengan pemberian Allah. Lantas dia teringat Adam yang tidak mendapat kasih sayang dan mula menyayangi Adam.

Comments are closed.