Budak Kuba

==

#BudokKuba
Kisah seorang budak bernama Amar. Ibu kepada Amar diceraikan oleh suaminya sesudah berkahwin buat kali kedua. Ibu membawa Amar pulang ke kampung halaman di Terengganu untuk tinggal bersama datuknya. Amar pada mulanya sukar untuk menyesuaikan diri dengan hidup daripada bandar ke kampung, daripada berkeluarga kepada tiada bapa.

Selang beberapa tahun, Amar menemui ketenangan di kalangan kerbau-kerbau dan haiwan ternakan lain milik datuknya, Pak Mail. Haiwan itu semua tak ubah seperti kawan-kawannya sendiri. Konflik membara apabila Zali, bapa Amar, berubah hati setelah hidup bersama isteri mudanya kerana tidak dikurniakan cahaya mata.

Tidak mahu berputus dengan satu-satu zuriat yang tinggal, Zali nekad untuk mengambil dan seterusnya membawa Amar pulang untuk tinggal bersamanya. Namun Amar juga tidak sanggup berpisah dengan haiwan ternakan atuknya – lebih-lebih lagi seekor kerbau kesayangannya.

Setelah didesak, Amar melarikan diri ke pinggir hutan bersama kerbau tersebut, dan segala usaha mencari gagal. Apakah kesudahan yang bakal terjadi kepada Amar?

Lagu : Drama Episod – Hairul Iqmal

Comments are closed.