Demi Rindumu Episod 6

==

Nantikan drama adaptasi novel ‘Demi Rindumu’ karya Diya Jamal di slot MegaDrama Astro Ria. Dibintangi oleh Sean Lee, Janna Nick, Norman Hakim dan Elvina Mohamad. Drama terbitan Zamriez Golden Picture, arahan Haris Fadilah.

JUDUL : DEMI RINDUMU  #Demirindumu

EPISOD : 16 episod

TARIKH TAYANGAN : 2019

WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 9:00 malam

SIARAN TV : MegaDrama (Astro Ria)

PENULIS NOVEL : Diya Jamal

PENGARAH : Haris Fadilah

PRODUKSI : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd

PELAKON : Sean Lee, Janna Nick, Norman Hakim, Elvina Mohamad, Sherry Ibrahim, Aleza Shadan, Mustapha Kamal

WATAK PELAKON
Sean Lee sebagai Haznik
Janna Nick sebagai Nurhana
Norman Hakim sebagai Nasrul
Elvina Mohamad sebagai Rania
Sherry Ibrahim sebagai Suraya
SINOPSIS DEMI RINDUMU
Nurhana pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara apabila mengetahui abangnya, Nasrul ingin berkahwin dengan Rania, gadis yang pernah menjadi orang ketiga antara Nurhana dan bekas tunangnya Izlan.
Sebelum ini Rania ialah kawan karibnya, namun tidak disangka Rania berminat dengan apa yang dia miliki. Nurhana tidak mahu perkara yang sama terjadi ke atas abangnya.
Setibanya di tanah air, Nurhana ke rumah abangnya namun secara tidak sengaja mengetuk pintu rumah Haznik yang disangkakan rumah abangnya. Sejak itu, mereka bagaikan berjodoh kerana selalu berjumpa. Haznik juga cuba mendekati dan mengenali Nurhana, walaupun Nurhana seakan sudah patah hati untuk menerima sesiapa lagi.
Biarpun hanya mengenali masing-masing dalam waktu yang singkat, Rania merancang untuk berkahwin dengan Haznik sebagai alasan untuk hentikan perkahwinan abangnya dengan Rania.

Comments are closed.