Mentor Milenia 2019-Minggu 3

==

#mentormilenia2019
Program realiti Mentor Milenia yang mencungkil bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur kini kembali untuk musim ketiga dengan menampilkan lima penyanyi popular tanah air sebagai barisan mentor iaitu Black, Hazama, Akim, Ernie Zakri dan Stacy.

Mentor Milenia tahun ini turut m enampilkan konsep dan format baharu. 20 peserta yang terpilih melalui sesi uji bakat akan berentap dan para mentor perlu memilih dua orang protege setiap seorang. Pemarkahan para protege pada musim ini dibahagi kepada dua iaitu markah persembahan 60% dari pihak juri dan 40% undian awam. Juri profesional pada musim ini ialah Altimet dan Datuk Syafinaz.

Saksikan Mentor Milenia yang bakal menemui penonton TV3 bermula 6 Oktober 2019 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.30 malam selama 10 episod dan dihoskan oleh Shuk Sahar, Elly Mazlein dan Zetty (HotFM)

Comments are closed.