Setelah Ku Dimiliki Episod 8

==

==

#Setelahkudimiliki
Mengisahkan tentang Sarrafia yang memulakan kehidupan baru di sebuah pusat jagaan yang diberi nama Rumah Azirah. Namun setelah dua tahun berlalu lelaki yang tidak pernah dia lupai itu muncul semula dalam hidupnya. Walau bagaimanapun, Adriz yang telah kehilangan ingatannya, tidak dapat mengenali Saraffia.

Sebelum ini Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya. Setelah sedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah. Bagi menenangkan hati Adriz, Encik Rahimin ayah kepada Adriz membawa anaknya ke Rumah Azirah. Adriz baru tahu bahawa ayahnya itu memiliki satu tempat yang dikenali Rumah Azirah sempena nama maknya. Di sana dia diperkenalkan dengan Sarrafia.

Adriz telah membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain. Adriz cuba mendekati Sarrafia namun wanita itu sering mengelak daripada bertemu dengannya. Adriz berasa sangat hairan dengan tingkah laku Sarrafia. Apakah hubungan antara mereka berdua sebenarnya? Apakah yang terjadi di antara Adriz dan Sarrafia sebelum ini?

Comments are closed.