Rindu Yang Terlarang Episod 12

==

Nantikan drama bersiri Rindu Yang Terlarang adaptasi daripada novel karya Umie Nadzimah. Menampilkan gandingan Fikry Ibrahim dan Zahirah Macwilson. Drama terbitan Zeel Production dibawah arahan Rashid Sibir. Bakal menemui penonton di Astro Ria slot DramaVaganza.

JUDUL : RINDU YANG TERLARANG #Rinduyangterlarang

EPISOD : 20 episod

TARIKH TAYANGAN : 2019

WAKTU SIARAN :  Isnin-Jumaat, 7:00 malam

SIARAN TV : Slot DramaVaganza (Astro Ria)

PENGARAH : Rashid Sibir

PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd

PELAKON : Fikry Ibrahim, Zahirah Macwilson, Amyza Aznan, Sahronizam Noor, Mat Over, Kartina Aziz, Jalil Hamid

WATAK PELAKON
Fikry Ibrahim sebagai Fariz
Zahirah Macwilson as Ainnura
Amyza Aznan sebagai Puan Ilah
Sahronizam Noor sebagai Adnan
Mat Over sebagai Encik Fazlan
Kartina Aziz sebagai Puan Rohana
Jalil Hamid sebagai Tok Wan
SINOPSIS RINDU YANG TERLARANG
Kisah cinta terlarang disebabkan pergaduhan keluarga. Faith dan Ainnura bercinta sejak dibangku sekolah dan mahu berkahwin diusia muda. Namun, cinta mereka mendapat tentangan daripada keluarga yang saling berdendam akibat sengketa perebutan hak milik tanah.
Dek kerana permintaan mereka tak direstui oleh keluarga. Faith dan Ainnura membuat keputusan untuk berkahwin secara rahsia dengan restu dari Tok Wan, atuk Ainnura. Mereka hidup bahagia sehinggalah rahsia mereka terbongkar. Kedua-dua keluarga berusaha memisahkan rumahtangga anak-anak mereka. Akhirnya, Faith terpaksa menceraikan Ainnura dan membawa diri masing-masing
Beberapa tahun berlalu, mereka bertemu kembali. Faith berusaha merebut hati Ainnura. Namun Ainnura terpaksa keraskan hati kerana takut perkara lama berulang kembali. Sementelah dia mempunyai Fawwaz dalam hidupnya. Hati Ainnura masih inginkan Faith cuma Ainnura memberi syarat, sekiranya mereka ingin bersama semula, keluarga mereka hendaklah berbaik semula. Berjayakah usaha mereka dan mampukah dua keluarga yang bermusuh akan kembali berdamai.

Comments are closed.