Keluarga Iskandar The Movie

#KeluargaIskandarThemovie

Filem Keluarga Iskandar The Movie ditayangkan di Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang

JUDUL : KELUARGA ISKANDAR THE MOVIE
TARIKH TAYANGAN : 16 Julai 2020
PENULIS SKRIP : Wan Hasliza Wan Zainuddin
PENGARAH : Wan Hasliza Wan Zainuddin
PRODUKSI : KL Motion Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish, Dhia Iskandar, Nabila Razali, Ajak Shiro, Faiz Dickie, Zarina Zainuddin, Amy Mastura, Razak Ahmad, Haeriyanto Hassan, Ustaz Nazri, Shahkimin.

SINOPSIS KELUARGA ISKANDAR THE MOVIE
Mengisahkan Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor. Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.

Dek kerana kebosanan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Comments are closed.