Pengantin Dari Semantan

==

==

#pengantindarisemantan

Saksikan telefilem ‘Pengantin Dari Semantan’ lakonan Daler Yusuf dan Sasqia Dahuri disiarkan pada Sabtu ini, 18 Julai, pukul 10.00 malam di TV1.

JUDUL : PENGANTIN DARI SEMANTAN
WAKTU SIARAN : Sabtu, 18 Julai 2020, 10.00 malam
SIARAN TV : TV1 (Panggung RTM)
PENULIS SKRIP : Mohd Suufian Mohd Shah
PENGARAH : Feroz Abdul Kader
PRODUKSI : Systemvation Sdn Bhd
PELAKON : Daler Yusuf, Sasqia Dahuri, Meor Mohd, Adi Kelantan, Namron, Farah

SINOPSIS PENGANTIN DARI SEMANTAN
Apabila Danial (seorang lelaki kaya) meluahkan rasa hatinya kepada Orkid bahawa dia ingin mengahwini Orkid, dia diminta oleh Orkid agar mengikut adat keturunan Pendekar Semantan.

Orkid merupakan seorang gadis kampung berketurunan Semantan. Orkid bekerja sebagai seorang eksekutif dalam sebuah syarikat pemasaran yang dipunyai oleh Danial, seorang lelaki yang berketurunan Melayu Inggeris. Danial seorang lelaki yang kaya dan menjalani kehidupan secara orang Inggeris.

Setelah beberapa bulan Orkid bekerja di syarikat tersebut, Danial mula tertarik hati kepada Orkid dan cuba memikat Orkid. Danial menyangka Orkid akan mudah jatuh cinta kepadanya kerana kekayaannya. Sangkaan Danial semuanya meleset.

Apabila Danial meluahkan rasa hatinya kepada Orkid bahawa dia ingin mengahwini Orkid, dia diminta oleh Orkid agar mengikut adat keturunan Pendekar Semantan. Danial perlu pergi meminta kebenaran daripada ayahnya Haji Muhamad Jiwa.

Haji Muhamad Jiwa adalah seorang lelaki yang berketurunan Pendekar Semantan. Haji Muhamad Jiwa mempunyai pemikiran yang berbeza tentang orang yang berdarah Inggeris. Hal ini disebabkan oleh fakta sejarah bahawa orang Inggeris adalah bangsa penjajah yang pernah menjajah tanah air ini dan menjajah bangsanya.

Bagaimana pertembungan adat dan budaya dalam perhubungan Orkid dan Danial? Adakah Danial berjaya memiliki hati Orkid?

Comments are closed.