Aku,Bunga

#Akubunga
Filem “Aku, Bunga” disiarkan di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 13 Ogos 2020 dengan hanya RM 15.00. Menampilkan gandingan Ben Amir, Naim Danial dan Bunga Isme.
JUDUL : AKU, BUNGA
TARIKH TAYANGAN : 13 Ogos 2020
SIARAN TV : Astro First (saluran 480)
PENULIS SKRIP : Sofia J.Rhyland, Maizura Ideris
PENGARAH : Kabir Bhatia
PRODUKSI : Nusantara Seni Karya Sdn Bhd
PELAKON : Ben Amir, Naim Danial, Bunga Isme, Aman Graseka, Laila Nasir, Emelda Rosmila

LAGU TEMA / OST
Apadehal – Bunga Isme

SINOPIS AKU BUNGA
Aku Bunga mengisahkan tentang Bunga (Bunga Isme), seorang anak tunggal yang begitu menggemari muzik hip hop dan beliau mempunyai impian untuk mengembangkan bakatnya dalam dunia seni. Minatnya ini disokong oleh kawan baik yang juga jiran rapat, Kahoe (Naim Danial).

Dalam satu insiden, Kahoe telah memperkenalkan seorang pemuda yang juga merupakan peguam, Shaq (Ben Amir) kepada Bunga. Shaq menyelamatkan Kahoe ketika dikejar Ah-Long. Dari situ mereka mulai rapat dan segala hal hutang piutang ayah Bunga, Baba (Aman Graseka) terbongkar. Shaq hadir dari kalangan orang yang berada dan beliau mula menyukai Bunga. Namun begitu, hubungan tersebut ditentang oleh ibu Shaq Laila Nasir) dan beliau berusaha memisahkan kedua-dua anak muda ini. Sehinggalah Shaq terlibat dalam satu kemalangan yang hampir meragut nyawa beliau. Apakah kesudahannya kelak? Mampukah cinta menyatukan Shaq dan Bunga? Atau keluarga mendahului segalanya?

Comments are closed.