Melastik Ke Hatimu Episod 3

===

===

#Melastikkehatimu
Nantikan drama adaptasi novel ‘Melastik Ke Hatimu’ karya Aqma Dee di slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan Andi Bernadee dan Janna Nick. Drama romantik komedi terbitan OrangeTree Production, diarahkan oleh Azmi Hata. Bakal menemui penonton pada tahun depan 2021.

JUDUL : MELASTIK KE HATIMU
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 2021
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS NOVEL : Aqma Dee
PENGARAH : Azmi Hata
PRODUKSI : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Andi Bernadee, Azrel Ismail, Puteri Sarah Liyana, Wani Keyrie, Norman Hakim, Ahmad Ezzrin Loy, Azizah Mahzan, Ridzuan Hashim, Dato Jalaluddin Hassan, Idzham Ismail, Cassia Iman, Noniswara, Afifah Nasir

WATAK PELAKON

Janna Nick sebagai Haura Annisa
Andi Bernadee sebagai Ziyyad
Norman Hakim sebagai Jeffry
Wani Kayrie sebagai Fatin
Puteri Sarah Liyana sebagai Faida

SINOPSIS MELASTIK KE HATIMU

Mengisahkan Haura, seorang gadis kilang yang kononnya ‘gangster’ tapi hidupnya dikawal oleh ibunya yang mahukan menantu kaya. Haura bercinta dengan Naim tetapi hubungan mereka ditentang kerana Naim hanyalah seorang posmen.

Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad, seorang tauke kilang di tempat dia dan kakaknya Faida bekerja. Ziyyad digelar ‘kayu cengal’ oleh pekerja kilang kerana sikapnya yang tak endahkan orang rupanya menyimpan perasaan pada Haura dalam diam. Mereka terikat dalam perkahwinan. Ziyyad cuba memikat hati Haura dan Haura pula mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya untuk Naim. Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura untuk suami.

Sedang mereka melakar bahagia, musibah melanda Ziyyad. Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang selama ini tersimpan kemas. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura.

Comments are closed.