Marry Me Senorita Episod 8

-==


#MarryMeSenorita
Nantikan drama adaptasi novel ‘Marry Me Senorita’ karya Suri Ryana di slot MegaDrama Astro Ria. Manemukan gandingan Dini Schatzmann dan Janna Nick. Disiarkan mulai 2 Februari 2021, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria.

JUDUL : MARRY ME, SENORITA
EPISOD : 20
TARIKH TAYANGAN : 2 Februari 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis, Dayang Kartinah
PENULIS NOVEL : Suri Ryana
PENGARAH : Nur Ain Sharif
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Dini Schatzmann, Shaza Bae, Siti Khadijah Halim, Dato Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Asha Merican, Yasmin Hani, Natasha Elyzza, Razman Mahayuddin

WATAK PELAKON
Janna Nick sebagai Sofea Leia
Dini Schatzmann sebagai Isa Alehandro
Shaza Bae sebagai Rossa Arabella
Yasmin Hani sebagai Engku Marini
Dato Jalaludin Hassan sebagai Engku Aziz
Fadilah Mansor sebagai Ungku Zaharah
Yasmin Hani sebagai Ungku Marini
Siti Khadijah Halim sebagai Tina
Natasha Elyzza sebagai Shelli
Asha Merican sebagai Edora

SINOPSIS MARRY ME SENORITA
“Marry me, senorita.” – Isa Alejandro.

Tak habis-habis lelaki kacukan Sepanyol itu melamar Sofiy Leia sehingga gadis itu kusut dan serabut dibuatnya! Takkanlah nak terima lamaran lelaki yang baru dikenalinya tak sampai seminggu itu? Sudahlah lepas laku. Pengetahuan agama lelaki itu pulak boleh dikatakan zero!

Atuk dan nenda pun susah nak percaya yang cucu mereka mahu memilih gadis Muslimah seperti Sofiy sebagai bakal isteri.

“Lain pulak taste dia kali ni, abang….” – Engku Zaharah.

“Boleh percaya ke cucu bertuah awak tu nak kahwin dengan gadis begini?” – Engku Aziz.

Isa Alejandro hadir saat Sofiy Leia tidak mempunyai siapa-siapa dan berada dalam bahaya.

“Tak ke awak rasa pernikahan ini tak akan diberkati? Satu masa nanti awak akan tinggalkan saya, kan? Sebab awak tak cintakan saya. Perkahwinan sepatutnya menjadi satu ibadah. Kita harus ikhlas bernikah kerana Allah.” – Sofiy Leia.

“Berkat? Well, terus terang aku tak arif tentang itu. What I know, we’ll make a good pair and this is a win-win situation. Kau tolong aku dan aku tolong kau.” – Isa Alejandro.

Terpaksa atau rela? Itu bukan soalnya. Persoalannya sekarang, dapatkah perkahwinan ini bertahan sehingga ke akhirnya? Sudahlah mereka berasal dari dunia yang yang terlalu jauh berbeza. Si perempuan Sepanyol celup, Rosa Arabella a.k.a Rosmina Sukardi pun turut sama menagih cinta Isa Alejandro. Belum lagi bercakap tentang mama dan papa Isa Alejandro yang sukakan pelakon ‘sendu’ tu.

Dalam kekusutan, ada gelora cinta yang semakin membahang. Namun, bahagianya cuma sementara. Badai yang melanda memisahkan dua jiwa yang sedang asyik dilamun asmara.

Namun, benarkah apa yang telah ditakdirkan untuk kita, akan tetap menjadi milik kita akhirnya?

“Now pandang sini dan bagitau abang yang Sofiy tak cintakan abang.” – Isa Alejandro.

“Benarlah garis waktu tak akan mampu menghapuskan rasa itu.” – Sofiy Leia.

Masihkah ada harapan untuk cinta mereka mekar semula?

Comments are closed.