Anugerah Juara Lagu 35(AJL35)2020/2021

===

#AJL35
Anugerah Juara Lagu merupakan sebuah pertandingan muzik tahunan berprestij yang dianjurkan oleh stesen penyiaran TV3 bagi mengangkat karya komposer, penulis lirik dan penyanyi tanah air sejak tahun 1986. Setiap lagu yang dipertandingkan telah melalui pencalonan di program mingguan Muzik-Muzik, seterusnya bertanding di pentas Muzik-Muzik Separuh Akhir dan akhirnya 12 buah lagu terbaik dipilih untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu.

Anugerah Juara Lagu 35 akan menobatkan Juara Lagu, Tempat Kedua, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.

AJL 35

Ahad, 14 Mac 2021, 9:00 malam

TV3

LOUNGE AJL 35

Ahad, 14 Mac 2021, 8:30 malam

Pengacara AJL35

Persembahan

Edisi AJL musim ini seperti lazimnya akan dibuka oleh persembahan penyanyi undangan.

Penyanyi yang mengambil bahagian dalam segmen pembuka tirai adalah Ella, Yonnyboii dan Naim Daniel.

Manakala persembahan ‘interlude’ yang menggunakan tema ‘Projek Band’ dibarisi penyanyi berkumpulan Hujan, Akim & The Majistret dan Hazama & The Penglipur Lara.

Mereka bakal mengalunkan lagu-lagu terbaik secara medley dan ‘mash up’, menerusi gandingan bersama penyanyi-penyanyi wanita tersohor negara iaitu Ziana Zain, Misha Omar dan Dayang Nurfaizah.

Tidak ketinggalan, sebuah lagu istimewa berjudul Baik Semula yang mengangkat kisah situasi yang berlaku di Malaysia kini, bakal dipersembahkan empat penyanyi hangat – Faizal Tahir, Tuju, Siti Nordiana dan Jaclyn Victor.

Comments are closed.