Love Elsa Episod 4

===

#loveelsa
Tonton drama adaptasi novel ‘Love, Elsa’ karya Acik Lana akan disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria. Menampilkan gandingan pelakon Zul Ariffin dan Uyaina Arshad. Drama terbitan Juita Viden diarahkan oleh Michael Ang.
SINOPSIS LOVE ELSA
Kisah Ammara, seorang gadis yang mempunyai kelebihan untuk mengembara ke masa silam orang yang disentuhnya. Kesannya Ammara akan jatuh sakit selepas berlaku sentuhan. Disebabkan penyakit misteri ni, ayahnya menempatkan Ammara di satu kawasan yang dikawal ketat keselamatannya. Ammara kemurungan hidup seorang diri selepas ibunya meninggal dan disisihkan oleh ayahnya sendiri.

Kemunculan Ridza Kim yang berpindah bersebelahan rumahnya, mengubah hidup Ammara. Tanpa sengaja Ammara tersentuh Ridza Kim dan melihat masa silam lelaki itu. Ammara menggunakan kelebihannya untuk membantu menyelesaikan kes pembunuhan keluarga Ridza Kim dan lahirnya perasaan cinta.

Comments are closed.