Ghaib Episod 9

===

#Ghaib
Tonton Drama bersiri ‘Ghaib’ diadaptasi daripada novel ‘Projek Seram Terowong’ bakal ditayangkan di TV3 pada 10 Ogos ini. Drama seram ini dibintangi oleh Shukri Yahaya, Siti Elizad, Eyka Farhana, Joanna Bessey, Neera Azizi dan ramai lagi.

JUDUL : GHAIB
TONTON FULL EPISOD : 1-10
TARIKH TAYANGAN : 10 Ogos 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:30 malam
SIARAN TV : TV3
PENULIS SKRIP : Siti Solehah, Aida Aida
PENGARAH : Ng Ken Kin
PRODUKSI : Orangtree Production
PELAKON : Shukri Yahaya, Siti Elizad, Eyka Farhana, Joanna Bessey, Erynne Erynna, Scha Elinnea, Qara Lyana, Neera Azizi, Chacko Vadaketh, Chandni Kaur, Doria Rachel, Emelda Rosmila, Munir, Ramli Saleh

SINOPSIS GHAIB
Berlatarkan kisah di sebuah kolej yang mana belakang bangunan terdapat gua terbiar. Suatu malam, empat pelajar kolej Mimie, Jessica, Nina dan Suzi masuk ke dalam gua untuk bermain spirit of coins dan menyeru roh penunggu gua.

Satu lembaga yang dikenali sebagai hantu Mona muncul dan mereka berlari keluar dari gua dan menyedari Mimie tiada bersama mereka.

Detektif Riza dan Sarjan Anita diarahkan menyiasat kejadian itu namun mereka tidak percaya dengan kewujudan hantu Mona.

Pengetua kolej itu, Puan Maurice meminta pihak polis merahsiakan perkara berkenaan demi menjaga nama baik premis terbabit dan tidak suka dengan kehadiran detektif di kolej tersebut.

Malangnya selepas kejadian tersebut Jessica sering diganggu oleh hantu Mona dan tiba-tiba menghilangkan diri dari kolej.

Comments are closed.