Gegar Vaganza 2021-Minggu 3

===
#gegarvaganza2021 #GV2021
Mengguna pakai tagline Bintang Kembali Menyengat, pentas berprestij GV8 akan menjadi medan penentu bagi 13 peserta yang merangkumi tiga buah negara, Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Mereka yang terpilih kali ini ialah Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk, Aliff Aziz.

Selain itu, turut bersaing dalam program realiti ini ialah, Adibah Noor, Ani Mayuni,Suki, Nikki dan Upiak Isil.

Musim ini juga menyaksikan kemeriahan berganda apabila Astro turut mengumumkan kehadiran pelawak terkenal Saiful Apek dan Yassin serta Nico yang akan mewakili penyertaan secara duo dan berkumpulan.

GV8 masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh barisan juri profesional.

Penerbitan GV8 turut disokong oleh Farm Fresh sebagai penaja utama dengan kerjasama Digi sebagai Telco rasmi.

Selain itu, Adabi dan CUCKOO juga memainkan peranan sebagai penaja utama.

Sementara itu, Maestro tersohor negara, Datuk Ramli MS masih dikekalkan sebagai juri tetap musim baru ini ditemani dengan kehadiran Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Juara GV8 akan membawa pulang sang tunai bernilai RM100,000 serta trofi manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM30,000 termasuk trofi.

Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing akan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 serta trofi.

Konsert GV8 akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap Ahad, jam 9 malam bermula 21 November ini.

Comments are closed.