Gila Gila Cinta Episod 2

==

===

#cukupderitaitu
Drama Gila-Gila Cinta menggantikan Diari Seorang Suami di slot Lestary TV3 bermula 9 Disember 2021, setiap Rabu hingga Sabtu jam 9 malam. Bagi peminat drama rantaian ini, anda boleh menonton kesemua episod penuh di Disney+ Hotstar mulai 22 Disember nanti.

Sinopsis Gila-Gila Cinta
Mengisahkan konflik cinta antara empat pemuda iaitu Diya (Dayang Areeda), Carl (Zaki Azeman), Afira (Afiera Riana) dan Ben (Aziq Mukhriz).

Afira yang bekerja sebagai ejen insurans bakal mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya, Ben. Ben pula bekerja membuat ‘live’ menjual pakaian dan kasut berjenama bundle yang dibantu oleh rakannya, Ery (Asyraf Rozami). Diya seorang ‘influencer’ media sosial yang mempunyai ramai pengikut. Dia gemar membuat reviu makanan di pelbagai restoran. Diya terkejut mendapat tahu bekas kekasihnya, Ben kini bercinta dengan Afira dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Carl pula merupakan seorang penyunting video yang menjadikan rumahnya sebagai studio. Carl berjiran dengan Diya. Mereka berdua sering bergaduh atas pelbagai hal yang remeh temeh. Suatu hari, Carl diajak oleh rakannya untuk bertemu dengan ejen insurans. Carl terkejut apabila bertemu dengan Afira, bekas kekasihnya! Sejak itu, mereka selalu berjumpa. Carl mula menyukai Afira dan mahu menawan hatinya kembali. Carl dan Diya yang sedang berhadapan dengan konflik cinta telah bergabung untuk mendapatkan bekas kekasih masing-masing. Apakah strategi dan taktik mereka? Adakah misi Carl dan Diya akan berjaya?

Comments are closed.