Kisah Cinta Kita Episod 24

===

==

#kisahcintakita
Drama adaptasi novel Mr. Bibik karya Aein Dhiyauddin akan mengisi slot Akasia TV3 bermula 29 Oktober ini, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam. Menampilkan gandingan Saharul Ridzwan dan Zara Zya. Drama 20 episod arahan Pali Yahya, terbitan Saphire Screen Sdn Bhd. Mr Bibik juga boleh ditonton di platform penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran tv.
SINOPSIS MR. BIBIK
Hampir mengamuk Aulia apabila Siti, kawan baiknya menghantar seorang lelaki untuk membersihkan kondonya. Bukan perempuan seperti selalu. Mujur Siti berjanji tidak akan mengenakan sebarang bayaran jika dia mengizinkan lelaki itu bekerja. Mr. Bibik, itu gelaran Aulia kepada lelaki itu.

Kali kedua Firas datang ke kondonya untuk membersihkan rumah, mereka ditangkap basah oleh ayah dan tunang Aulia. Tan Sri Halim, ayah Aulia memaksa mereka berdua menikah.

Aulia tidak rela bernikah dengan lelaki yang kerjanya hanya sebagai tukang bersih rumah. Firas juga tidak mahu bernikah dengan perempuan yang tidak pandai mengemas rumah sendiri. Namun jika sudah jodoh, mereka akan bersatu juga.

Mukhriz, bekas tunang Aulia tidak pernah rela tunangnya menjadi milik orang lain. Dia berusaha untuk memiliki Aulia semula.

Saat mereka berdua mula menganyam cinta, satu rahsia telah terbongkar sehingga menyebabkan Firas menghalau Aulia.

Comments are closed.