Marabahaya Underground

#marabahayaundergroud
Filem aksi komedi bertemakan aksi kereta, Marabahaya Underground yang akan berada di Astro First, saluran 480, bermula 2 Disember 2021. Filem arahan Helmi Yusof dan Cat Farish ini menggandingkan Hazama dan Joey Daud sebagai teraju utama. Antara barisan pelakon lain adalah seperti, MK K-Clique, Cat Farish, Jasmin Suraya, Santesh Kumar, Dayana Roza, Scha Elinnea, Amzarul dan Jian Wein.

JUDUL Marabahaya Underground
Genre: Aksi Komedi
Tarikh Tayangan: 2 Disember 2021
Skrip: Subroto Katimin (Ato)
Pengarah: Helmi Yusof & Cat Farish
Produksi: D’edge Communication Sdn Bhd
Pelakon: Hazama, Joey Daud, MK K-Clique, Cat Farish, Jasmin Suraya, Santesh Kumar, Dayana Roza, Scha Elinnea, Amzarul, Jian Wein, Wahid Senario, Hamdan Senario, Amir Raja Lawak, Zalif Sidek, Zen Low, Keifli Othman, Jian Hui Wong, Faizal Alang

Sinopsis Marabahaya Underground
Mengisahkan tentang Chon (Hazama) peminat sukan permotoran dan sangat mengidolakan Shah Dhani (Joey Daud), iaitu seorang raja drift Malaya. Akan tetapi Shah Dhani juga adalah seorang yang banyak hutang dan kaki judi. Shah Dhani menggunakan Chon untuk melepaskan dirinya dari hutang dan berjanji untuk menjadikan Chon anak didiknya dalam dunia ‘drift’ di Malaysia.

Shah Dhani yang berhutang dengan Dotty (Jasmin Suraya) terpaksa melibatkan Chon di dalam kancah pekerjaan penghantaran duit dan barang terlarang tanpa pengetahuan Chon. Kemudian Chon ditugaskan untuk menghantar barang kepada pelanggan Dotty, tetapi barang itu telah tertukar tanpa disedari oleh Chon dengan sebungkus sampah. Dotty mengugut Chon untuk memulangkan duit yang hilang itu dan Chon merasa Shah Dhani telah mengkhianatinya.

Akibat daripada kejadian itu, Shah Dhani telah dicolek oleh orang suruhan Dotty. Chon dan rakan-rakan terpaksa menyertai perlumbaan haram yang besar “Mara Underground” untuk menggantikan wang yang hilang.

Comments are closed.