Rumah Madu Ku Berhantu

Filem Rumah Madu Ku Berhantu arahan Abdul Razak Mohaideen bakal berada di pawagam seluruh Malaysia bermula 2 Disember 2021.

JUDUL : RUMAH MADU KU BERHANTU
GENRE : Komedi, Seram
TARIKH TAYANGAN : 2 Disember 2021
PENGARAH : Dato’ Profesor Dr. Abdul Razak Mohaideen
PRODUKSI : Multimedia Film Productions, Golden Screen Cinemas, Astro, Six Fun Media
PELAKON : Zizan Razak, Rita Rudaini, Nadia Brian, Azlee Jaafar, Saiful Apek, Douglas Lim, Nurul Qiesrawiyah

SINOPSIS RUMAH MADU KU BERHANTU
Saufi seorang agen hartanah yang setia serta bahagia bersama isterinya, Sofea, dan anak perempuannya Lulu. Namun keharmonian ini bertukar porak peranda apabila seorang sahabat lama, Ali, telah memaksa Saufi untuk bersetuju menjadi ‘Pak Sanggup’ dengan mengahwini bekas isterinya iaitu Alia untuk satu malam sahaja.

Perkahwinan ‘sementara’ antara Saufi dan Alia menjadi rumit apabila Ali meninggal dunia di dalam satu kemalangan. Saufi kini harus mencari penyelesaian untuk hidup bersama isteri pertama dan kedua tanpa membocorkan rahsia bahawa mereka kini telah bermadu.

Saufi menempatkan isteri keduanya di sebuah rumah banglo usang. Saufi merasai suatu entiti seram mengganggunya di rumah tersebut. Pelbagai insiden lucu dan seram hampir menyebabkan Saufi pecah tembelang namun beliau tetap cekal berahsia sehinggalah satu malam yang maha mengerikan.

Comments are closed.