Mencari Sepahtu Yang Hilang Minggu 8

==

#mencarisepahtuyanghilang
Mencari Sepahtu Yang Hilang (MSYH) adalah sebuah program pencarian bakat komedi terbaru bagi mencari generasi baharu pelawak untuk mewarnai dunia hiburan khususnya pentas lawak tanah air.

Ia juga adalah platform pencarian ahli terbaru kumpulan Sepahtu bagi melengkapkan senarai anggota sedia ada kumpulan lawak nombor satu Malaysia itu.

Selepas lebih sedekad berlalu, kini adalah masa terbaik untuk Sepahtu mendapatkan muka baharu bagi dijadikan edisi terkini kumpulan mereka.

MSYH menyenaraikan 12 peserta yang terdiri daripada penyertaan solo, duo dan trio.

Pertandingan realiti terbaharu saluran Astro Warna (CH 107) ini akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Khamis, pukul 9 malam bermula 2 Disember 2021.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, strim secara online menerusi aplikasi Astro Go dan platform On Demand.

Senarai Penuh Nama Peserta Solo, Duo, Kumpulan Program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021

Comments are closed.