The Masked Singer Malaysia 2022-Minggu 4

===

#themasksingermalasia2022
Kali ini, seramai 14 orang selebriti popular tanah air datang dari pelbagai lapangan seni, menyembunyikan identiti diri menerusi kostum unik dan menarik yang direka khas.

Peserta yang mengambil bahagian terdiri daripada kalangan penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti televisyen, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan banyak lagi.

Hanya vokal yang menjadi pertaruhan, sementara identiti mereka kekal misteri sehinggalah perjuangan mempersembahkan bakat nyanyian dihentikan di segmen penyingkiran atau di malam konsert final kelak.

Tidak sekadar itu, edisi kedua ini meletakkan sembilan orang figura berpengaruh dalam industri bagi mengisi kerusi juri tetap.

Mereka yang mengambil peranan ialah Datuk Aznil Haji Nawawi, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Zizan Razak, Amy Mastura, Raja Azura, Michael Ang, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak. Manakala tugasan pengacaraan digalas hos tidak asing, Datuk AC Mizal.

Comments are closed.