Kampong Pisang Berbuah Dua Kali

==
Tonton Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, sentuhan terakhir seniman terulung Mamat Khalid disempurnakan oleh Amen Khalid di Astro First bermula 3 Mac 2022. Filem komedi seram ini mengekalkan tunggak utama dalam meneraju watak sebagai penduduk Kampong Pisang, seperti Kazar Saisi, Bell Ngasri, Aziz M Osman, Mat London, Dewa Sapri dan ramai lagi.

JUDUL :Kampong Pisang Berbuah Dua Kali
Genre: Komedi, Seram
Tarikh Tayangan: 3 Mac 2022
Rangkaian: Astro First saluran 480
Skrip: Mamat Khalid
Pengarah: Amen Khalid
Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd
Syarikat Penerbitan: Enjit-Enjit Semut Sdn Bhd
Sinopsis Kampong Pisang Berbuah Dua Kali

Kemunculan Cik Mek dan perkara aneh di Kampong Pisang telah mengganggu seluruh penduduk Kampong Pisang. Kejadian misteri turut berlaku pada Gerhana, iaitu adik kepada Cik Purnama sehingga menarik perhatian seluruh penduduk kampung. Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke 18 dan penduduk kampung berbahas semasa sendiri untuk kebaikan kampung mereka.

Comments are closed.