Mat Kilau 2022

===
Seperti pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, itulah yang akan disaksikan oleh penonton lewat buah tangan terbaharu pengarah berprolifik, Syamsul Yusof.

Karya terbaharu yang diterbitkan oleh Studio Kembara ini membentangkan sejarah penting dalam filem biografi epik, Mat Kilau.

Latar perjuangan Mat Kilau disifatkan amat berharga bukan sekadar untuk mencetak rekod di dunia hiburan, tetapi juga mahu berkongsi kehebatan dan jati diri pahlawan dalam menyelamatkan negara kepada generasi masa kini.

Aktor Datuk Adi Putra diberi tanggungjawab menghidupkan darah pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau. Beliau kemudian dibantu dengan barisan pelakon yang bukan calang calang.

Ini termasuklah Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang), Johan As’ari (Yassin) dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.

Menelan belanja RM8 juta, Mat Kilau menjalani penggambaran selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.

Filem Mat Kilau akan menemui penonton di 90 pawagam seluruh negara bermula 23 Jun depan.

JUDUL :Mat Kilau #matkilau
Tarikh Tayangan: 23 Jun 2022
Skrip Asal: Sharuddin Dali
Pengarah Seni: Mukhsalmina Ismail
Pengarah Fotografi: Rahimi Maidin Azami Alias
Pengarah: Syamsul Yusof
Produksi: Studio Kembara

Watak Pelakon

Adi Putra as Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau
Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah (Ayah Mat Kilau)
Beto Kusyairy sebagai Wahid
Khir Rahman sebagai Usup
Fattah Amin sebagai Awang
Johan As’ari sebagai Yassin
Yayan Ruhian sebagai Toga
Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Hj. Muhammad
Datuk Rahim Razali sebagai Imam Bottoqh
Namron sebagai Hj. Sulong
Shaharuddin Thamby sebagai Datuk Bahaman
Ellie Suriaty sebagai Ibu Yassin

Sinopsis Mat Kilau

Mengisahkan seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, bangkit menentang penjajahan British.

Mat Kilau dibikin dalam suasana tahun 1892 sewaktu pihak kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang. British mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu.

Tidak membiarkan kebiadaban British di bumi Pahang berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya bangkit menentang British.

Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.

Comments are closed.