Remp-It 2

Remp-it pernah mencetuskan fenomena tersendiri pada tahun 2006. Kini, setelah 16 tahun ia kembali dengan nafas dan aksi terbaru melalui Remp-it 2. Filem Remp-it 2 ini diterbit dan diarahkan oleh Farid Kamil selain bertindak sebagai pelakon utama disamping barisan pelakon seperti Cat Farish, Julia Hana, Izzue Islam, Niezam Zaidi, Farez Ridzwan, Shiha Zikir, Chiwan Chilok, Mamak Puteh, Rudy GTB, Gabit Saleh, Shahkimin serta penampilan sulung Muhammad Kamil a.k.a Che Mad. Nantikan filem Remp-it 2 di pawagam pada 24 November 2022.

JUDUL : Remp-It 2
Tarikh Tayangan: 24 November 2022
Penulis Skrip: Faten Syamimie & Panel FKX
Pengarah: Farid Kamil
Produksi: FKX Film Sdn Bhd
Pelakon: Farid Kamil, Cat Farish, Izzue Islam, Niezam Zaidi, Julia Hana, Farez Ridzwan, Ahirine Ahirudin, Muhamad Kamil, Shiha Zikir, Chiwan Chilok, Mamak Puteh, Rudy GTB, Gabit Saleh, Shahkimin, Muhammad Kamil (Che Mad)

Sinopsis Remp-It 2

Mengisahkan kesinambungan kehidupan Madi (16 tahun) selepas kejadian yang menimpa Madi dan Spark dulu. Madi sekarang bekerja sebagai instructor di sebuah pusat latihan motosikal yang dimiliki oleh Roy dan mengusahakan bengkel bersama Macha. Selepas kejadian itu, Madi sudah berazam untuk tidak berlumba dan meninggalkan dunia rempitnya. Kini Madi fokus sebagai pelumba professional.

Pada suatu hari, secara tidak sengaja Madi telah berentap di jalanraya dengan Ajak, orang Spark. Madi yang cuba mengelak dari terlibat dalam perlumbaan haram membuat helah dengan meninggalkan perlumbaan tersebut. Namun Ajak tidak berpuas hati dan sekali lagi menerjah Madi di jalanraya dan berlumba sekali lagi tetapi kali ini bersama Dekwan dan konco-konconya. Berita kemunculan Madi sampai ke pengatahuan Spark yang berada di dalam penjara. Spark bakal dibebaskan tidak lama lagi dan dia tidak sabar untuk berentap semula dengan Madi.

Sedang Madi cuba lari dari hakikat bahawa dia sudah kembali berlumba, muncul seorang kanak-kanak bernama Muhammad yang mengaku sebagai anak Madi. Madi dan Macha hilang punca kerana tidak tahu siapa ibu Muhammad. Kemunculan Muhammad menambahkan beban dalam kepala Madi. Dia tidak pernah mendekati kanak-kanak dan kini terpaksa hidup bersama seorang kanak-kanak.

Apakah kesudahan peperangan Madi dan Spark? Bagaimana pula hubungan Madi dan Muhamad?

Comments are closed.