Challenge Accepted

=

Tonton: Challenge Accepted
Waktu Siaran: Jumaat, 28 April 2023, 10:00 pagi
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Pengarah: Hadith Omar
Pelakon: Ryan Bakery, Erysha Emyra, Shasha Nadira

Sinopsis Challenge Accepted
Setelah Fatimah, seorang gadis misteri berpurdah, menjadi viral apabila muncul di dalam videonya, Jeff seorang tiktokers terkenal dicabar oleh peminatnya untuk mencari, berkenalan dan membuat Fatimah jatuh hati kepadanya. Mampukah dia berbuat demikian?

Jeff adalah seorang influencer yang terkenal dengan content-content beliau yang menunjukkan gaya hidup beliau yang mewah dan juga gaya hidup sosialnya. Selesai memuat naik content-contentnya, peminat Jeff banyak meninggalkan komen tentang seorang gadis berpurdah yang terlihat di background salah satu video yang dimuat naiknya. Disebabkan video tersebut, Jeff telah dicabar untuk membuatkan gadis berpurdah itu jatuh cinta kepadanya.

Comments are closed.