I Can See Your Voice Malaysia 6(2023)Episod 1



I Can See Your Voice Malaysia Musim Ke-6 (ICSYVMY 6), program hiburan keluarga kini kembali menceriakan malam minggu anda seisi keluarga. Ia semakin riuh, gamat dan ceria dengan kehadiran hos seperti Izzue Islam serta Shiha Zikir, ditambahkan pula dengan celoteh penyiasat tetap seperti Ropie, Jihan Muse, Khir Rahman dan Baby Shima. Nantikan keletah mereka pada 4 Jun 2023, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3

Gandingan pertama antara Izzue Islam dan Shiha Zikir sebagai hos sempena ulang tahun TV3 yang ke-39 ini menampilkan Siti Sisters iaitu Siti Saidah dan Siti Sairah yang merupakan adik-beradik kepada penyanyi lagenda, Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Di samping itu, episod pertama ICSYVMY 6 ini menampilkan Nadia Brian dan Jiggy Masin sebagai panel penyiasat jemputan.

Comments are closed.