Terlanjur Mencintaimu [Episod 1]
==
LINk2
Drama Adaptasi Novel
Johan mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Satu sebab wasiat Tok Din ,satu lagi sebab ayahnya Izhar. Perkahwinan mereka terikat dengan perjanjian yang mereka perlu mempunyai anak dalam tempoh 2 tahun. Anggapan Tengku Hanis agar Johan menolak lamaran tersebut ternyata meleset sekali bila Johan jatuh cinta pandang pertama dengan Tengku Hanis. Tanpa sedar Tengku Hanis juga terjebak.Dia juga mula jatuh cinta pada Johan. Saat kebahagiaan mula mekar, hadir pula Eryna, mengundang cemburu dalam hati Tengku Hanis. Malang tidak dijangka, Tengku Hanis keguguran disebabkan Makcik Halijah kerana dendamnya pada Mak Johan. Tengku Hanis dan Johan pasrah bila anak yang dijangka lahir tidak dapat dilahirkan sebelum tarikh perjanjian tamat. Apakah kesudahannya?