Din Sardin Episod 1

Nantikan drama bersiri Ops Cinta Din Sardin kesinambungan daripada telefilem Din Sardin. Drama arahan Nazir Jamaluddin ini dibintangi oleh Mira Filzah, Izzue Islam, Niena Baharun, Bell Ngasri, Sasqia Dahuri, Syazuwan Hassan dan ramai lagi. Akan disiarkan menerusi slot Kelakarama bermula 11 Ogos 2017, setiap hari Selasa hingga Ahad pukul 8.30 malam di TV9.

JUDUL : OPS CINTA DIN SARDIN
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 Ogos 2017
HARI / MASA : Selasa-Ahad, 8.30 malam
SIARAN : Slot Kelakarama TV9
SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
TERBITAN : Mache AllStar United Sdn Bhd
PELAKON : Izzue Islam, Mira Filzah, Sasqia Dahuri, Delimawati, Kazaruddin Saisi, Bell Ngasri, Niena Baharun, Syazuwan Hassan, Taufiq Hanafi, Jaja Iliyes, Azhan Rani, Anne Ariffin, Amir Rajalawak, Iswan Ismail, Putra Amaris, Ucop Cecupak, Fetty Dzul, Din Glamour, Ariff Aziz, Afzan A Rahman

SINOPSIS OPS CINTA DIN SARDIN
Mengisahkan Din Sardin (Izzue Islam) yang memang terkenal sebagai mat rempit di kampungnya. Sejak mengenali Che Ta, seorang Pegawai JPJ yang cantik manis, Din Sardin semakin minat bekerja dalam anggota beruniform. Sahabat baik Din iaitu Amir masih lagi degil dan kembali merempit dengan budak-budak rempit kampung.

Din Sardin menjadi anggota JPJ dan bercinta dengan Su sejak sama-sama dalam latihan. Kebetulan pula Che Ta bertugas menjadi jurulatih di pusat latihan itu, menemukannya dengan Din Sardin. Percintan Din Sardin dan Su Berakhir. Din dipindahkan ke Putrajaya, dan diserapkan satu unit dengan Che Ta yang menjadi ketuanya. Din berusaha mendapatkan cinta Che Ta. Su kemudian dipindahkan juga ke Putrajaya. Su ingin kembali kepada Din, tetapi Din menolak kerana Din mengejar cinta Che Ta. Su kecewa. Che Ta pula menolak cinta Din Sardin. Din Sardin pula yang kecewa. Dia mahu kembali kepada Su, tetapi Su sudah ada teman lelaki baru. Din Sardin kecewa. Hinggalah dia berubah menjadi anggota JPJ yang paling cemerlang dan dia berjaya menambat hati Che Ta semula.

Comments are closed.