Alif Imani Episod 14
Drama Alif Imani Di TV9 – Drama Alif Imani mempunyai14 episod diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Antara barisan pelakon yang membintangi drama Alif Imani adalah Amar Baharin, Fezrul Khan, Ummi Nazeera, Fasha Sandha, Shakilla Khoriri, Raja Ema dan ramai lagi.
Sinopsis Drama Alif Imani
Drama Alif Imani mengisahkan tentang seorang gadis bernama Imani yang telah dibesarkan di rumah anak yatim. Kehadiran Suri yang menganggap Imani sebahagian daripada keluarganya mula menjadikan Imani lebih bahagia.
Nak dijadikan cerita, Suri disahkan menghidap sakit jantung yang agak serius. Kerana beranggapan jangka hayatnya tidak lama, Suri memerangkap Imani untuk bernikah dengan suaminya bernama Alif. Imani dan Alif ditangkap khalwat dan Suri menyatakan hasratnya agar mereka berdua disatukan.
Alif dan Imani langsung tidak bersetuju dengan permintaan Suri. Namun bila Suri merelakan jua untuk bermadu, akhirnya Alif dan Imani terpaksa berkahwin juga. Namun alam perkahwinan adalah sesuatu yang sangat menyeksakan Imani.
Alif tidak melayan Imani dengan baik. Alif langsung tidak menyentuhnya dan seringkali menghinanya. Alif menuduh Imani yang memerangkapnya kerana cemburu melihat kebahagiaannya bersama Suri. Malah Alif turut mendakwa bahawa Imani ingin mengikis hartanya.
Setelah lama bersabar, Imani membuat keputusan untuk melarikan diri setelah Alif menolak untuk menceraikannya. Selepas itu barulah Alif mendapat tahu kebenaran dari Suri yang mahukan Imani mengantikan tempatnya untuk menjaga anak tunggal mereka yang bernama Zurin.
Alif mula rasa bersalah. Dia kesal dengan tindakannya yang terlalu kejam melayan Imani. Alif berusaha mencari Imani semula tetapi gagal sehinggalah Suri menghembuskan nafas yang terakhir, Imani tetap tidak berjaya ditemui.
Selama tiga tahun, hidup Alif menderita tetapi dalam masa yang sama Imani pula berjaya menamatkan pengajian dan mula bekerja di sebuah butik milik Dato Rohani. Anak Dato Rohani yang bernama Rafiq mula tertarik hati pada Imani dan beberapa kali melamarnya tetapi Imani kerap menolak dan memberi alasan dia belum bersedia.
Biarpun hatinya terpikat pada kebaikan dan kekacakkan Rafiq namun Imani masih menyedari bahawa dirinya masih bergelar isteri kepada Alif.
Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Adakah Imani akan terpaksa mengorbankan rasa cintanya kepada Rafiq kerana sebuah kisah silam yang perit? Atau Alif akan kembali untuk memohon sebuah keampunan?
Esok last..kene tengok ni..siapa Imani pilih erk.. kalau nad pilih Rafiq..sebab Alif dah berlaku jahat pada Imani..hihuhu..pastu dah dapat tau perkara sebenar baru nak berbaik..huh..jom tengok esok sama-sama