Aku Bukan Bimbo Episod 2
Nantikan drama terbaharu adaptasi novel ‘Bimbo’ karya Rin Ahmad yang akan disiarkan di Astro Ria. Drama Aku Bukan Bimbo terbitan Global Station Sdn Bhd ini diarahkan oleh Riza Baharudin. Dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Shaheizy Sam, Nadiya Nisaa, dan Zahiril Adzim. Drama sebanyak 20 episod ini akan ditayangkan bermula 29 Februari ini, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria & Astro Ria HD menggantikan drama drama Isteri vs Tunang.
JUDUL : AKU BUKAN BIMBO
EPISOD : 20 episod
TARIKH : 29 Februari 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis | 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
SKRIP : MF Kencana, Nissa Yusof, Farhana Fauri
PENGARAH : Muhamad Riza Baharudin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Shaheizy Sam, Nadiya Nisaa, Zahiril Adzim, Dottie, Afifah Nasir, Bell Ngasri, Shakilla Khoriri, Ardella Aryana, Falisha Crossley, Amai Kamarudin, Riezman Khuzaimi, Dian P Ramlee, Watie Elite, Zaidi Omar, Zarina Zainuddin, Roy Azman, Zulkifli Ismail, Azhar Amir, Adriana, Ibrahim Abd Rashid, Khaidir, Mahsuri Jelusi, Mior Fareez, Norasliza Abdullah, Siti Ruwiyani
WATAK PELAKON
Shaheizy Sam sebagai Dani Ikram
Nadiya Nisaa sebagai Elsuraya
Zahiril Adzim sebagai Azad
Syuhaida Abraz (Dottie) sebagai Intan
Bell Ngasri sebagai Azrul
Falisha Crossley sebagai Jemima
Watie Elite sebagai Aunty Rose
Ardella Aryana sebagai Jenna
Afifah Nasir sebagai Diana
Zaidi Omar sebagai Dr Ishak
Dian P.Ramlee sebagai Dr Faihana
Zarina Zainuddin sebagai Puan Asmat
Roy Azman sebagai Datuk Khalid
Riezman Khuzaimi sebagai Jehan
Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Farhan
Azhar Amir sebagai Ridhuan
Adriana sebagai Julia
LAGU TEMA / OST AKU BUKAN BIMBO
Lagu : Jatuh
Artis : Faizul Sany
SINOPSIS AKU BUKAN BIMBO
Dalam hidup Elsuraya, hanya seorang lelaki yang dinantikannya. Bukan bakal kekasih, jauh sekali bakal suami. Tetapi, seorang lelaki yang menyebabkan nyawa keluarganya diragut kejam. Dia ralat kerana tidak dapat bersama dengan keluarganya dan memegang status anak yatim piatu kerana lelaki itu. Siapakah lelaki itu sebenarnya? Azad? Ya ke?
“Astalavista loozzer! With double o and double z.”
Adakah kerana kata-kata yang dilontarkan bertahun dulu membuat jiwanya sentiasa parah dan terluka? Ingin sungguh dia bertemu dengan empunya suara jelik itu agar dendamnya terlunas.
Perkenalan Elsuraya dengan Dani Ikram membuahkan bibit cinta. SMS menjadi titik awal hubungan yang indah itu.
Dah gugel douchebag. Kejamnya. Do I deserve that? – Dani Ikram.
Do I deserve bimbo?- Elsuraya.
Tanpa disangka… Azad yang dibenci ialah sahabat baik Dani Ikram. Dan Azad pula… tidak sanggup memberitahu Elsuraya perkara sebenar kerana sayangkan persahabatannya dengan Dani Ikram. Dia rela dituduh ‘pembunuh’ walaupun hakikatnya insan lain yang menyebabkan tragedi hitam itu berlaku. Sementelah, hatinya sudah jatuh sayang pada Elsuraya. Dia tidak sanggup melihat sahabat baiknya dan wanita yang mula mengetuk pintu hatinya menderita.
Keadaan semakin rumit bila keluarga cuba menjodohkan Elsuraya dengan Azad. Apatah lagi mereka sangat rapat dengan arwah ibu dan bapa Elsuraya. Serasa mereka bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi Elsuraya.
“Su tak nak! Su benci Azad. Apa auntie merepek ni? Su takkan bertunang dengan dia.” – Elsuraya.
“Su, cuba tengok lagi jauh. Umur Su makin meningkat. Su perlukan orang untuk jaga Su. Keluarga Azad cukup baik dan mampu jaga Su macam anak sendiri dan Azad sendiri tak kurang apa pun. Lainlah kalau Su ada calon lain. Auntie tak akan paksa.” – Puan Rosanna.
Namun, Dani Ikram lebih pantas mendahului. Elsuraya cepat-cepat diikat agar tidak terlepas ke tangan Azad. Azad pula tarik diri demi kebahagiaan Dani Ikram dan Elsuraya.
Saat hubungan sedang memekar, sebuah kebenaran terbongkar! Ayat ‘astalavista loozzer…with double o and double z’ yang diungkapkan oleh Dani Ikram ketika mereka outstation di Seoul, Korea membuka mata hati Elsuraya. Ayat itu! Ayat yang membuatkan kedua-dua orang tuanya maut dalam kemalangan jalan raya.
“All along. It is you. All along. It is a lie.” – Elsuraya.
“Listen.” – Dani Ikram.
“Truth… that night, it was you! You were the one.” – Elsuraya.
Hati Elsuraya mula berbelah bahagi. Cintanya pada Dani Ikram dan dendamnya pada Dani Ikram. Dapatkah dia memaafkan lelaki itu sedangkan dendamnya masih membara? Dapatkah dia reda dengan ketentuan Ilahi sekiranya lelaki itulah jodoh untuknya yang telah tertulis di lohmahfuz? Kuatkah dia berperang dengan perasaannya sendiri? Semuanya bakal terjawab dalam BIMBO.
“Miss Bimbo versus Mister Douchebag.”
“Fantasi versus Realiti.”