Akadku Yang Terakhir Episod 16

Global Station Sdn Bhd akan membawakan drama terbaru adaptasi novel Akadku Yang Terakhir hasil tulisan Acik Lana. Drama bersiri 43 episod itu diarahkan oleh pengarah terkenal Amie Maziah. Menampilkan gandingan pelakon popular iaitu Amar Baharin dan Tiz Zaqyah sebagai pelakon utama. Drama Akadku Yang Terakhir akan menemui penonton bermula 6 April nanti di saluran Astro Prima dan Maya HD. Tayangan setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang.

JUDUL : AKADKU YANG TERAKHIR
EPISOD : 43 episod
TARIKH TAYANGAN : 6 April 2016
HARI / MASA : Isnin-Jumaat, 6.00 petang
SIARAN : ‎Astro Prima‬ ‪& Astro Maya HD
NOVELIS : Acik Lana
PENGARAH : Amie Maziah
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Amar Baharin, Tiz Zaqyah, Nina Nadira, Mardiana Alwi, Fikhree Bakar, Riz Amin, Ainul Aisyah, Kay Khydir, Sharifah Shahora, Shenthy Feliziana, Syafnida Shuhaimi, Kuza Muzaini, Abby Nour, Juedian Omar, Dian P Ramlee, Zulkifli Ismail

WATAK PELAKON
Amar Baharin sebagai Irham Zahri
Tiz Zaqyah sebagai Rania Baheera
Nina Nadira sebagai Zalia
Mardiana Alwi sebagai Zulin
Fikhree Bakar sebagai Fazriq
Riz Amin sebagai Daniyal
Ainul Aisyah sebagai Rose
Kay Khydir sebagai Khairi
Sharifah Shahora sebagai Doktor Hamidah
Shenthy Feliziana sebagai Eriza
Syafnida Shuhaimi sebagai Sandra
Abby Nour sebagai Julia
Juedian Omar sebagai Farsha
Dian P Ramlee sebagai Rashidah

LAGU TEMA / OST AKADKU YANG TERAKHIR
Lagu : Setia
Penyanyi : Faizal Tahir
Video & Lirik : Link

SINOPSIS AKADKU YANG TERAKHIR

Setelah mengalami kegagalan perkahwinan sebanyak tiga kali, Irham Zahri dipaksa oleh bapanya untuk mendapatkan rawatan terapi bersama pakar psikoterapi. Lalu menemukan dia dengan seorang Pakar Psikoterapi bernama Rania Baheera. Irham yang tidak dapat menerima Rania sebagai doktor rawatannya, enggan memberi kerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur. Malah dia cuba merasuah Rania untuk memalsukan laporan dan membuat rancangan untuk mengenakan Rania.

Hari demi hari hubungan mereka semakin rapat lebih-lebih lagi bila Rania mengambil keputusan untuk mengikut Irham ke Johor Bahru selepas kecewa dengan berita perkahwinan kakak kesayangannya dengan Fazriq, abang angkat yang dicintainya dalam diam.

Irham mula ada perasaan cinta pada Rania namun dia cuba menindakkannya apabila Rania berbohong mengatakan bahawa dia sudah berkahwin. Suatu hari pembohongan Rania terbongkar. Lalu Irham terus berusaha untuk memikat hati Rania. Akhirnya, Rania yang mula jatuh cinta menerima lamaran Irham. Sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir.

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq yang membuat Irham cemburu. Irham mula berkasar dengan Rania. Keluarga mereka pula mula campur tangan mengusutkan lagi keadaan.

Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?

Comments are closed.