Suami Tanpa Cinta Episod 5


Drama terbaharu adaptasi novel Suami Tanpa Cinta karya Syamnuriezmil akan datang menemui penonton di Astro Ria. Menampilkan gandingan baru Shukri Yahaya dan Janna Nick sebagai pelakon utama. Turut dibintangi oleh Cristina Suzanee, Mark Adam, Sarah Hildebrand, dan ramai lagi. Drama bersiri 16 episod itu diterbitkan oleh Pena Creative Picture Sdn Bhd. Bersiaran bermula pada 4 April nanti, tayangan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di saluran Astro Ria and Astro Ria HD.

JUDUL : SUAMI TANPA CINTA
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 4 April 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENGARAH : MP Roslin Md Sharif
TERBITAN : Pena Creative Picture Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Janna Nick, Cristina Suzanee, Mark Adam, Sarah Hildebrand, Afzan A.Rahman, Noor Ikhram, Wan Sharmila, Mia Nasir, Roy Azman, Zeila Jalil, Hilal Azman, Liza Abdullah, Ungku Ismail Aziz

WATAK PELAKON
Shukri Yahaya sebagai Zaidan Iman (Aid)
Janna Nick sebagai Ain Syifa
Cristina Suzanee sebagai Alesya
Sarah Hildebrand sebagai Adura
Mark Adam sebagai Rafael
Wan Sharmila sebagai Rozalinda

LAGU TEMA / OST SUAMI TANPA CINTA
Lagu : Mungkin Saja
Penyanyi : Janna Nick
Video & Lirik : Link

SINOPSIS SUAMI TANPA CINTA

Mengisahkan Zaidan Iman (Aid) dan Ain Syifa berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.

Namun perkahwinan mereka bersyarat. Sekiranya jatuh talak ke atas ain, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa dan Aid tiada lagi hak ke atas syarikat itu. Maka, Aid dan Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka.

Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Aid, seperti mana Aid mencintainya. Namun kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Walaubagaimanapun, kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Mereka memang saling melengkapi antara satu sama lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Aid untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. Ain keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar si isteri sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.

Kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing membantu mereka dalam menangani godaan-godaan yang datang silih berganti. Namun, kebahagiaan mereka teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya.

Keadaan semakin runcing apabila Ain lari meninggalkan Aid dengan satu nota kecil yang membuatkan Aid menjadi risau dan cuak. Dapatkah Aid mencari Ain? Mampukah perkahwinan dengan suami tanpa cinta ini kekal sehingga ke jannah? Dan apakah kebenaran di sebalik cerita yang didengar oleh Ain itu?

Comments are closed.