Cinta Roller Coaster Episod 14
Syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd akan membawakan drama komedi romantik berjudul Cinta Roller Coaster. Drama genre komedi romantik arahan Amor Rizan itu menampilkan barisan pelakon berbakat seperti Syazwan Zulkifly, Puteri Aishah, Nas-T, Nadzmi Adhwa, Arissa Afrina dan ramai lagi. Drama bersiri Cinta Roller Coaster bakal muncul di kaca televisyen di slot Dahlia TV3 bermula 26 November 2016, setiap Jumaat hingga Ahad pukul 6.58 petang.
JUDUL : CINTA ROLLER COASTER
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 November 2016
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 6.58 petang
SIARAN : Slot Dahlia TV3
SKRIP : Yus Paul & Izan Aris
PENGARAH : Amor Rizan
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Syazwan Zulkifly, Puteri Aishah, Arissa Afrina, Nadzmi Adhwa, Nas Muammar Zar, Natasha Elyzza, Julia Farhana, Ruminah Sidek, Eyra Hazali, Rashid Jaafar, Hashimah Zaki, Azlan Mokhtar, Syafiq M. Nazri, Natasya Mahyan, Halimah Naim, Haneesya Hanee, Nur Qaireen Medyna, Haszriq Syakirin
SINOPSIS CINTA ROLLER COASTER
Berkisar tentang percintaan Syakir(Syazwan Zulkifly) dan Ziany (Puteri Aishah) yang berputik sejak di bangku sekolah lagi. Kisah mereka begitu manis dan mendapat restu kedua-dua orang tua mereka. Ziany merupakan anak yatim piatu yang dijaga oleh neneknya. Manakala Shakir pula merupakan anak tunggal yang berasal daripada sebuah keluarga yang penyayang.
Perjalanan percintaan mereka dipenuhi dengan kegembiraan sehingga ke jinjang pelamin. Syakir dan Ziany berkahwin pada usia muda. Pasangan suami isteri muda ini melalui pelbagai suka duka hidup berumah tangga selepas berkahwin sejurus tamatnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Kedua mereka mendapat tawaran belajar ke sebuah universiti tempatan yang sama. Segala kemanisan percintaan mereka berubah menjadi pahit apabila Ziany mula hamil. Oleh kerana tertekan dengan keadaannya yang sering loya, Ziany sering tidak hadir ke kuliah. Tambahan pula Ziany menghidap satu alahan yang teruk ketika hamil itu. Malahan perangai Ziany juga mula dingin terhadap Shakir dan mula berpaling kepada rakan sekelas Shakir, Muzzamil yang jauh lebih kacak. Akhirnya mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Zara.
Walaupun mereka amat cinta dengan satu sama lain, mereka sentiasa bergaduh lalu membawa kepada perceraian. Tetapi mereka takut untuk memberitahu ibu bapa mereka. Oleh itu, mereka telah bersetuju untuk merahsiakan perceraian mereka daripada pengetahuan ibu bapa masing-masing selama lima tahun dan tinggal bersebelahan rumah masing-masing.
Dalam perjalanan kisah hidup Syakir dan Ziany. Mereka bertemu dengan ramai sahabat antaranya Izat (Nas-T), Muzammil (Nadzmi Adhwa), Athirah (Natasya Eliza), Nana (Eyra Hazali) dan ramai lagi yang masing masing mempunyai kisah dan impian tersendiri.
Apakah kesudahan kisah percintaan Shakir dan Ziany?