Hantu Punya Bos! Episod 18
MIG Production akan membawakan drama komedi romantik bertajuk Hantu Punya Bos adaptasi daripada novel karya Dekna Lee terbitan Love Novel. Menampilkan gandingan Shukri Yahaya dengan pelakon baru, Intan Najuwa selaku teraju utama. Drama bersiri 20 episod itu diarahkan oleh Feroz Kader. Akan menemui penonton bermula 28 Disember ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang di TV3.
JUDUL : HANTU PUNYA BOS !
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 28 Disember 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.30 petang
SIARAN : Slot Iris TV3
PENULIS NOVEL : Dekna Lee
PENGARAH : Mohamed Feroz Kader Abdul Kader
TERBITAN : MIG Production Sdn Bhd
PELAKON : Syukri Yahya, Intan Najuwa, Aizat Hassan, Julia Marin, Afiera Riana, Fahmy Reza, Iszander Nor, Vicha Saywho, Serina Redzuawan, Tengku Fiella, Tash Yong, Faried War, Yan Ibrahim, Nur Qistina Raisah, Manan Sulaiman, Airis Yasmin, Ben Ryzlan, Syerinie
WATAK PELAKON
Shukri Yahaya sebagai Arrayyan Zainuddin
Intan Najuwa sebagai Abby
Aizat Hassan sebagai Hisyam
Julia Marin sebagai Diela
Afiera Riana sebagai Suzanna
Fahmy Reza sebagai Azham
Iszander Nor sebagai Wandi
Tengku Fiella sebagai Lisa
Vicha Saywho sebagai Maira
Serina Redzuawan sebagai Rozie
Tash Yong sebagai Ain
LAGU TEMA / OST
Tajuk : Hantu Atau Buaya
Artis : Nanasheme
Komposer & Lirik : DJ Fuzz
SINOPSIS HANTU PUNYA BOS
Mengisahkan Abby (Intan Najuwa) yang mengambil keputusan secara mengejut untuk menggantikan tempat kerja sahabat baiknya, Diela kerana memerlukan wang untuk mengubati ibunya yang sedang sakit di kampung. Diela pula tidak sabar untuk berhenti bekerja dengan bos yang berperangai seperti hantu.
Arrayyan (Shukri Yahaya) terkejut apabila Diela dapat cari penggantinya dalam masa yang singkat. Namun, Arrayyan akur dan menerima Abby sebagai pembantu peribadinya. Yang Arrayyan tidak sangka, sikap Abby yang cepat melatah dan suka menjawab bakal mencabar dirinya sebagai seorang bos yang sering ditakuti oleh pekerjanya.
Pada hari pertama, Arrayyan menyuruh Abby memperkenalkan diri kepada semua staf. Abby cemas dan terus dimarah oleh Arrayyan, Abby menjawab secara spontan dan membuatkan semua orang terpaku dengan keberaniannya. Arrayyan memaafkannya sebab baru hari pertama Abby bekerja.
Arrayyan mula naik angin apabila Abby membalas tengkingannya. Itu merupakan kali pertama Arrayyan ditengking dalam seumur hidup. Pada mulanya, Arrayyan sukar untuk menerima telatah Abby yang suka melatah. Namun, dia akur apabila Abby segera meminta maaf.
Seluruh pejabat mentertawakan Arrayyan yang terkebil-kebil ditengking Abby. Oleh kerana terlalu bengang, Arrayyan hendak memotong gaji semua orang sebanyak 20%. Abby rasa bersalah dan meminta Arrayyan memotong gajinya.
Dato’ Zainuddin, ayah kepada Arrayyan membuat lawatan mengejut ke pejabat. Dia memerhatikan sikap garang Arrayyan pada Abby. Dato’ Zainuddin berpesan kepada Arrayyan untuk mengawal kemarahan. Dato’ Zainuddin turut memberi amaran supaya Abby ialah pembantu peribadinya yang terakhir.
Pada masa yang sama, Abby berusaha mengambil hati Arrayyan. Arrayyan mula tertarik dengan kepetahan Abby ketika berinteraksi dengan klien. Kerjaya Abby yang baru bermula di syarikat Arrayyan terjejas dengan tuduhan bekas majikannya, kononnya dia dipecat kerana menggoda bos. Arrayyan marah dan mahu memecat Abby.
Apakah jalan penyelesaian yang dilakukan oleh Arrayyan untuk mengetahui perkara sebenar tentang pembantu peribadinya itu? Adakah perbuatan Abby itu seburuk seperti diperkatakan?
SINOPSIS NOVEL HANTU PUNYA BOS!
Bekerja sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu.
Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! Melatah! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula.
Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?