Lara Aishah Episod 90

Saksikan drama bersiri terbitan Global Station Sdn Bhd berjudul Lara Aishah adaptasi daripada siri telenovela popular Mexico, La Loba. Menampilkan lakonan Nazim Othman dan Fasha Sandha sebagai pelakon utama. Turut membintangi drama tersebut ialah Jasmin Hamid, Dayana Roza, Shahrizal Jaszle, Datuk Eizlan Yusof, Dian P Ramlee, Ainul Aishah dan ramai lagi. Drama bersiri 100 episod itu diarahkan oleh saudara Riza Baharudin. Akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula 29 Ogos, jam 6.00 petang secara eksklusif di Astro Prima (saluran 105) dan siaran serentak di Maya HD (saluran 135).

JUDUL : LARA AISHAH
EPISOD : 100 episod
TARIKH TAYANGAN : 29 Ogos 2016
HARI / MASA : Isnin-Jumaat, 6.00 petang
SIARAN : Astro Prima 105 & Astro Maya HD 135
PENGARAH : Muhammad Riza Baharudin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Nazim Othman, Fasha Sandha, Jasmin Hamid, Dayana Roza, Shahrizal Jaszle, Afzan A.Rahman, Maria Farida, Eizlan Yusof, Ainul Aishah, Adam Lee, Jasmine Suraya, Dian P.Ramlee, Shah Rezza, Elya Miera, Sasqia Dahuri, Janet Khoo, Dr Katalina, Mia Nasir, Watie Sadali, Ku Faridah, Zamarul Hisham, Mandy, Liza Abdullah, Fadhil Dani, Zalfa Zain, Anne Abdullah, Aedy Ashraf

WATAK PELAKON
Nazim Othman sebagai Iskandar
Fasha Sandha sebagai Aishah
Jasmin Hamid sebagai Zurin
Eizlan Yusof sebagai Datuk Nazri
Dian P.Ramlee sebagai Puan Marina
Dayana Roza sebagai Wani
Shahrizal Jaszle sebagai Zack
Maria Farida sebagai Datin Dahlia
Ainul Aishah sebagai Aimi Farhana
Afzan A.Rahman sebagai Azlan
Adam Lee sebagai Daniel
Jasmine Suraya sebagai Sandra
Elya Miera sebagai Thalia
Sasqia Dahuri sebagai Felisha
Janet Khoo sebagai Sharon
Shah Rezza sebagai Farouq
Dr Katalina sebagai Adila
Mia Nasir sebagai Anita
Watie Sadali sebagai Dahlila
Ku Faridah sebagai Wati
Zamarul Hisham sebagai Hisham
Mandy sebagai Carmen
Aedy Ashraf sebagai John
Liza Abdullah sebagai Cik Putih
Fadhil Dani sebagai Muiz
Anne Abdullah sebagai Wati

LAGU TEMA / OST LARA AISHAH
Lagu : Dirgahayu
Penyanyi : Siti Nurhaliza & Faizal Tahir
Video & Lirik : Link

SINOPSIS LARA AISHAH
Mengisahkan tentang dua wanita iaitu Aishah (Fasha Sandha) yang berjuang untuk menyelamatkan pasar tempatan dari dirobohkan oleh sebuah korporasi hanya untuk jatuh cinta dengan pewaris korporasi tersebut, dan kisah Zurin (Jasmin Hamid), seorang ibu yang dipenjarakan selama 27 tahun dan ingin mencari anak kandungnya yang telah diculik semasa kecil.

Zurin telah dituduh dan dipenjara di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukannya hasil konspirasi Cik Puan Marina (Dian P Ramlee), bekas ibu mertuanya sendiri yang marahkan anaknya Dato’ Nazri (Dato’ Eizlan Yusof) kerana telah berkahwin dengan wanita daripada keluarga miskin. Setelah 27 tahun Zurin bakal dilepaskan, dia mendapat tahu bahawa anaknya sebenarnya masih hidup. Bermulalah hidup Zurin mencari anak kandungnya dan membalas dendam kepada keluarga Dato’ Nazri atas dosa mereka.

Aishah ialah seorang gadis yang yang baik dan dibesarkan oleh Muiz (Fadil Dani), di persekitaran yang serba kekurangan. Dia bekerja di pasar dan terkenal dengan sifat panas baran. Pada suatu hari berita tentang tanah pasar yang bakal diambil semula oleh pemilik telah membuatkan Aishah bertekak lidah dengan Dato’ Nazri, anak kepada pemilik tanah tersebut.

Pertembungan mereka juga menemukan Aishah dengan Iskandar (Nazim Othman), waris keluarga Dato’ Nazri yang menipu Aishah, menyatakan yang dia hanya merupakan seorang mekanik yang miskin lalu membawa kepada hubungan romantik Aishah dan Iskandar. Dalam masa yang sama, Cik Puan Marina ingin Iskandar berkahwin dengan Felisha (Sasqia Dahuri) dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memusnahkan Aishah. Kehadiran Zack (Shah Jaszle) yang merupakan bekas kekasih Aishah juga merumitkan lagi keadaan.

Comments are closed.