Mencari Qiblat Episod 4
==
==
#mencariqiblat
Mencari Qiblat berkisar mengenai Adam, seorang anak muda yang hidup dengan penuh kemewahan. Tetapi hidupnya dalam penuh kegelapan. Kemalangan jalanraya telah meragut ibu dan ayah Adam. Kematian mereka telah membuka ruang baru dalam hidup Adam. Maka Ustaz Malik yang menguruskan jenazah ayah dan ibu Adam memberitahu hanya tiga perkara yang menghubungkan antara dunia dan akhirat, iaitu ilmu yang dipergunakan, doa anak-anak yang soleh dan sedekah jariah semasa hayatnya. Tetapi sebagai anak, Adam bukan anak yang soleh dan dia jugak tidak tahu erti kehehidupan sebenarnya. Atas nasihat Ustaz Malik, Adam mengambil keputusan mencari dunia barunya. Dia mahu memberikah sedekah kepada ibu dan bapanya kerana ibu dan bapanya terlalu sayangkan dia dan dia jugak terlalu sayangkan ibu dan bapanya. Dia mahu membalas jasa ibu dan bapanya dan mahu berbakti sebagai tanda memohon ampun dan maaf daripada kedua ibu dan bapanya. Dari satu siri ke satu siri akan diberikan kisah-kisah yang boleh dijadikan tauladan kepada penonton dan sekaligus memperlihatkan Adam dari seorang yang kosong mengenai agama akan mendapat sedikit demi sedikit kefahaman mengenai Islam dan jugak kehidupan selepas mati. Di akhir setiap episode barulah Adam akan lebih mengetahui Qiblatnya.