Atin,Atan & Mak Cun Episod 1
==
#AtinAtan&Makcun
Mengisahkan mengenai Mak Cun dan cucu-cucunya, Atan dan Atin. Mak Cun belajar Bahasa Mandarin dan begitu teruja untuk memasuki pasaran China. Manisah terkejut mendengar Mak Cun ingin ke sana, lalu dia memujuk Mak Cun untuk membawanya bersama. Atin pula teruja bermain ‘sekolah pondok-pondok’. Dia mengajar subjek matematik kepada beberapa budak kampung seperti Amat, Ramu, Fatin, Orkid dan termasuk Atan. Dia mahu kawan-kawannya dan Atan menjadi pandai. Namun, keadaan mula menjadi huru-hara apabila Mak Cun dan Manisah berada di Guangzhou.