Sesekali


#sesekali
Mengisahkan tentang pengorbanan seorang bapa Amrin yang membesarkan anak perempuannya berumur enam tahun bernama Kemboja. Amrin memberikan yang terbaik untuk setiap yang apa dilakukan untuk anaknya.

Amrin membesarkan Kemboja seorang diri setelah kematian Melati ketika kelahiran Kemboja. Pasangan ini bertemu jodoh lewat usia, dugaan yang berlaku pada isterinya membuatkan Amrin bertekad untuk memenuhi yang terbaik untuk Kemboja.

Pada suatu hari, Kemboja dilanggar lari oleh Adeng ketika hendak melarikan diri dari buruan polis. Pada masa sama Adeng terpaksa meneruskan perjalanan kerana ingin menyerahkan duit rompakan kepada Yeop untuk pembiayaan perubatan mata Wahyudi yang seusia dengan Kemboja.

Comments are closed.